mercy

Tuesday, December 7, 2010

death and dying..

salam..
hari ni aku ada belajar pasal sosiology..tajuk dia death and dying..

lecturer:do you always think about death?..
groupmate1:no..not really..

cikgu cakap sebab kitaorang ni muda memang selalu nya jarang fikir pasal mati ni..
tapi apa yang aku belajar hari ni macam bagi aku jawapan pada persoalan hidup aku..haha..macam ada masalah besar jer kan dengan persoalan hidup aku..

sebenarnya macam ni..aku selalu fikir aku ni hidupnya tak lama..macam aku rasa aku akan meninggal masa umur aku muda..aku xtau kenapa aku selalu fikir macam tu..padahal aku sihat wal afiat..xpenah aku ada penyakit kronik pun..masuk hospital pun xpenah,cuma aku penah nak nyaris masuk hospital dulu sebab gastrik aku kuat sangat..hehe..tapi tu cerita lama,masa aku darjah 4..

rupa-rupanya..cikgu aku cakap,orang tu akan selalu fikir pasal mati ni sebab maybe dia penah tengok orang yang dekat dengan dia meninggal dan maybe jugak dah ramai orang di sekeliling dia meninggal..hah! that fix my situation perfectly..memang aku penah hilang orang yang amaaaaat aku sayang dan memang dah ramai pun orang meninggal kat sekeliling aku..maksud aku orang yang dekat la..aku dah penah tengok moyang aku,atuk aku,opah aku,kawan aku meninggal..mungkin sebab tu aku selalu fikir macam tu..so normal a bagi orang macam aku untuk fikir macam tu^-^

ok a dulu..moga roh mereka diletakkan bersama orang2 beriman..amin..

Saturday, November 27, 2010

salji..

salam..
salji dah turun....lepas aku call bestfren aku,tiba2 housemate aku jerit..aku ingat apa benda la..rupa2nya salji dah turun makin lebat..24.11 aritu pun turun,tapi xlebat macam ni..cantik sangat,,subhanallah..dan dia sejuk..

ni semua gambar dari tingkap rumah aku..


aku suka gambar ni sebab nampak salji tu turun..ad line2 putih tuuu..


rasa nak pegang..then aku pun pegang..rasa macam pegang ABC..


ok a..aku ada exam CNS..kena baca anatomy..hehe..
salam..


Sunday, November 21, 2010

HARI RAYA AIDILADHA DAN KERETA KUDA D KRAKOW

SALAM,,
hehe..slamat ari raya dan maap zahir batin aku ucapkan..hari ni aku ada dua cerita..cerita hari raya dan cerita kuda..ni kek raya ktaorang..aku,sin chian dan ain yang buat..boleh la tahan rasa dia..haha..first time la katakan masak kek kan.. tapi tak bole la nak lawan mak punya masakan kan..


mula2,aku sangat la sedih sebenarnya bila kena raya kat warsaw ni..hehe..aku ada buat entry masa aku sedih tu kan..haha..biasalah perempuan,bila emosi menguasai..aku fikir aku tak bole makan ketupat la..kena pegi kelas la time raya..kena exam sosiology la time raya..haha..padahal raya tu bukan pada ketupat pun kan..banyak lagi benda yang bole dibuat time raya..aku tak patut sedih pun kan..hehe..sebenarnya,ada jer ketupat pulut kat sini..disebabkan aku ni orang utara,aku suka makan ketupat pulut..aku tak suka makan ketupat nasi..nasib baik la ada jugak ketupat pulut kat sini..seronok aku dibuatnya..tapi sebenarnya ketupat ni datang dari ''brothers''(word yang digunakan untuk panggil senior lelaki kat sini)..sebab ktaorang ada open house jadi ada la ketupat ni..senior bagi..dalam pinggan tu la ketupat nyer..hehe..aku sorang jer yang melantak ketupat ni..haha..kawan2 aku ramai orang johor,jadi diaorang tak makan sangat ketupat pulut..diaorang makan soto..
ni gambar kawan2 aku sedang santap dengan lahapnya..haha..sedap2..aku ambik gamba pun dah xtengok..hehe..



baker2 terkemuka dari okopowa..haha..ni la geng yang buat kek tuuu..hehe..kena improve lagi ni kalau nak masuk pertandingan iron chef ni..hikhik..
okay..habis bab raya..sekarang bab naik kuda pulak..haha..aku ada cakap nak cerita pasal naik kuda kat Krakow ni kan..ni lah dia kereta kuda itu..hehe..macam kereta kuda dalam cerita barbie pulak..disebabkan impian aku adalah nak naik kuda kan..aku pun mintak la nak duduk kat sebelah pak cik yang bawak kuda tuu..nak dapat feel bawak kuda la konon2..haha..ngada2 betul hafisza ni..haha..


disebabkan aku duduk kat depan aku bole la ambik gamba dari depan..pak cik ni bawak ktaorang round keliling kawasan old town ni..seronok betul!!




muka excited..haha..padahal naik kuda jer..nak buat macam mana..ni salah satu impian hidup aku..jadi bila dah terlaksana ni..rasa macam seronok sangat..entah ape2 jer aku ni kan..

ni bila dah siap satu round pusing old town..hehe..kuda ni mesti penat bawak ktaorang..haha..trima kaseh pak cik dan kuda kerana menunaikan impian hafisza,,kalau ada kelapangan rasa macam nak naik lagi jer lain kali..dan sebenarnya sewa kereta kuda ni 100 zloty(sama mcm rm100 laa sebab currency lebih kurang je)..ktaorang naik 8 orang..jadi satu kepala bayar 12.5zloty je..berbaloi la kan..



sekian la dulu..aku ada test histo besok..doakan aku..till we meet again..salam..






Monday, November 15, 2010

hari raya aidiladha dan test sosiology

salam..

selamat hari raya..
nothing much to say..
it's a lie if i say i'm happy..
yes,i miss ketupat so much..
there's no ''hari raya'' without ketupat in my life..
and this is the first time..

xpenah skali pon dalam hidup raya tanpa family..
dan ini kali pertama..
xpenah sekali pon dalam hidup,,raya xcuti..
dan ini kali pertama hafisza ada kelas sehari suntuk masa raya..
stat 830 pg sampai 800malam..

dan ini jugak kali pertama hafisza exam masa hari raya..
kredit sosiology..
i'm trying hard to be strong..
tapi untuk kali ni,hafisza xcukup kuat..
mungkin sebab kali ni kali pertama..
mungkin lain kali hafisza xkan sedih lagi..

hafisza xnangis..
i'm a gud actress..
trying to smile when your heart is crying..
terrible but still..
that makes me stronger..

i have U,Allah..
i know it..
i need U now..

Friday, November 12, 2010

hari kemerdekaan poland dan krakow...

salam..

dua tiga hari ini aku macam ada sesuatu yang buat aku rasa tak berapa selesa..emosi macam tak stabil sikit..miss my dad..lagipun after sebulan lebih duduk kat warsaw ni,aku akhirnya selsema..so jadi rasa macam tak sedap badan..hehe..tapi rasanya macam dah ok kut sekarang ni..ubat dah makan..

ok,cerita aku kali ni pasal hari merdeka poland dan krakow..ni aku ambik gamba ni kat krakow la sebab sekarang ni pon aku memang duduk kat krakow..ok2,krakow tu ape?krakow ni salah satu state la kat poland ni..3 jam naik train from warsaw..krakow ni mendamaikan sikit sebab dia ni jauh dari kesibukan kota..ikut pandangan aku la kan..orang lain aku xtau..ni gamba kat tepi river yang aku ambik masa matahari nak terbenam..
ni gamba tuan punya blog la kan..haha..aku suka dia punya background..langit dan sungai tu buat aku rasa tenang..tapi angin dia aku xtahan..sejuk a kat sini..sebab tu aku tarik baju aku tu rapat2 sikit..sebab aku sejuk la tuuu..hehe..


ok,cerita pasal krakow ni aku akan sambung nanti.. sekarang ni aku nak cerita pasal hari kemerdekaan poland..poland punya history ni macam tragik sikit..sebab aku tak berapa tau dengan detail jadi aku xberani nak cerita sangat pasal sejarah dia..tapi cukup la aku bagitau tarikh kemerdekaan dia adalah 11 nov..jadi kami pon siap2 la awal pagi untuk ke old town(tempat sambutan kemerdekaan dijalankan)..then sampai la kami kat old town dalam pukul 8.30pagi...then masalah pon timbul...kami tak tau the exact place untuk sambutan tu..jadi kami pon merayap2 la awal2 tu..nak cari tempat la ni...


lepas tu kami jumpa abang2 gagah perkasa ni..jadi kami pon fikir diaorang ni mesti nak pergi tempat sambutan tu jugak..so ktaorang pon just follow la diaorang ni..haha..diaorang berhenti ktaorang pon berhenti..haha..macam lawak la plak,main ikut je askar2 ni..haha..lepas tu jumpa sorang abang polis ni..dia pon tanya ktaorang nak pergi mana sebenarnya,haha..mesti dia pelik tengok ktaorang follow askar ni..jadi abang polis tu la yang tolong tunjuk jalan yang betul..hehe,trima kasih ye abang polis..jasamu dikenang selalu..haha..


sampai la kami kat tempat berkenaan..ada kuda!!!!!!!apa lagi ambik gamba la...aku sebenar ada impian dalam hidup aku..aku nak naik kuda dan aku nak sangat tengok taj mahal..hehe..



lepas tu nampak la orang berkawat...smart sangat...


ni pon gamba orang berkawat jugak...sungguh patriotik..





dan part paling best,ktaorang dapat dengar bunyi meriam....kalau kat Malaysia ada bunga api,kat sini ada meriam!!!pergh mantap..gegar2 tanah..huish,takut jugak laaa..




setakat inilah cerita aku...aku akan tulis lagi pasal krakow nanti..ada something special akan berlaku esok..insyaAllah kalau Allah izin..
ok a..salam..





Wednesday, October 27, 2010

dum spiro,spero

salam,,
arini aku nak bercerita pasal exam osteology aku..ya aku fail exam tu..hehe..osteology,ape benda ni..osteology ni sebenarnya study pasal tulang..haha..aku ada dua paper,satu pin test dan satu lagi multiple choice question(mcq)..hehe..ok2..disebabkan aku fail aku rasa macam nak cerita pasal benda ni..at least aku ada luah la kat sini kan..haha..

maybe ada orang xtau pin test to macam mana..pin test tu macam ni..ada la tulang,dan akan ada satu pin kat tulang2 tu..dia akan letak pin tu kat mana2 jer yang dia suka...macam gamba ni dia pin kat x ray dan kat skull..aku rasa yang dia pin tu tuberculum sellae..entah la betol ke tak..aku lemah sikit bab2 x ray ni..tu kawasan sella turcica jugak 2..kat situ ada anterior clinoid process jugak..ok2,cukup2!!nanti makin pening pulak kan..haha..
ada jugak dia pin kat tulang biasa dan bukan kat xray..
disebabkan aku dah fail,aku kena la retake lagi benda2 ni..pin test dengan mcq..aku reda jer sebenarnya sebab aku rasa ni yang terbaik untuk aku..aku retake minggu depan hari selasa..untuk pass aku kena dapat 26 daripada 40 untuk setiap test la..26 untuk mcq dan 26 untuk pin test..aku dapat 25 untuk pin dan 21 untuk mcq..jadi aku kena retake dua2 test laa..kalau retake pintest,aku kena ambik satu lagi exam pin test..tp untuk mcq,retake die adalah oral dengan lecturer kita..haha..oral test ni kita pergi depan lecturer dan lecturer akan tanya soalan kat kita..

aku akan wat yang terbaik untuk minggu depan..aku akan berusaha sebaik mungkin..ini yang terbaik untuk aku dan aku terima..ada hikmah di sebaliknya kan..sebab aku tau dum spiro,spero..selagi aku hidup aku bole berharap..doakan yang terbaik untuk aku..:)

salam..

Friday, October 22, 2010

sport training hall,mengancam..

salam...
aku baru habis sport training ni..haha..arini aku pegi sport training dengan xbawak kasut sukan..lupa!!!!dah stat nyanyuk ke hafisza ni..huhu..nasib baik syikin ada..pinjam syikin punya dulu la..aku pergi ursynow arini lepas kelas medical chemistry..malas nak balik umah..ni gamba dekat ursynow.. okay..aku nak cerita pasal tempat sport training ktaorang ni..kalau dari ursynow,ktaorang kena pergi centrum dulu..centrum tu macam kl sentral..tp lain sikit sebab dia ada banyak kedai tapi kat underground..kat situ ktaorang kena tukar ambik bas untuk pergi ke Hale Banacha..hale tu maksud dia pasar..untuk sampai kat tempat sport training tu kena la lalu pasar tu..pasar tu banyak la jual buah2,sayur2 pom banyak..buah2 yang aku xpenah nampak pom ada..macam rasperry..slalu tengok kat botol yogurt bliss jer buah rasperry tu..

okay2..selepas lalu pasar tu,ktaorang akan nampak la tempat sport training tu..ni dia hall dia..cantik kan..

ni padang main futsal dia..slalu ada budak2 main kat sini tapi arini takde,maybe sebab arini angin kuat sangat kut..


ini bahagian dalam hall 2..ada orang main bola tampar kat situ..nampak kan..aku xmain la bola tampar ni sebab aku xreti..sakit tangan..hehe..




aku main yang ni..bola keranjang..tapi aku xreti sangat pom main benda ni..cuma aku penah jadi ahli kelab bola keranjang masa form 1 dulu..jadi reti la sikit2..haha..hentam je la..aku bukan masuk tournament pom kan..just nak bagi lapang sikit otak ni..haha..




arini cikgu ada bawak raket badminton jugak..aku sronok gila kut,haha dapat main badminton..aku jadi teringat kat abang aku..sebab masa kecik2 dulu aku slalu main ngan abang aku tu..penah la satu kali tu raket yang patut pukul bola tangkis tu kan, abang aku terpukul kepala aku,masa tu ktaorang main beregu..aku jadi partner abang aku la..haha,pelik kan macam mana abang aku bole terconfius antara bulu tangkis dan kepala adik sendiri..haha..lepas tu aku dah xpenah main beregu agi ngan abang aku..serik kut..sakit!!haha..
ok a.. salam..



Monday, October 18, 2010

model baju kurung yang xcukup inci...

salam...
pada 18.10.2010,hafisza telah membuat satu keputusan yang sangat besar..haha..pada hari ini suhu kat sini menjangkau 0 darjah..classmate aku bagitau,christina namanya..christina ni asalnya dari itali..baik orangnya..okay2 6t kalau ada masa aku ambik gamba classmate aku n buat satu entry..haha..okie2,berbalik kepada keputusan yang ak buat..aku sebenarnya rasa nak pakai baju kurung arini sebab aku tengok ramalan cuaca semalam cakap arini mostly sunny,so aku pom nak la pakai baju kurung..rindu nak pakai..so aku pom nak ajak kawan aku yang tinggal dekat ursynow untuk pakai baju kurung jugak,malangnya kredit phone aku dah tinggal 17 grosz(lbh kurang 17 sen la)..xleh la ak nak hantar mesej kat kawan aku..tapi aku nak jugak pakai n aku pakai la baju kurung pahang warna ungu..baju raya aku sebenarnya ni..haha..lepas tu aku pom pegi la kelas macam biasa..then the best thing is orang tengok hafisza macam xpenah tengok orang..haha..masa naik trem..masa masuk anatomicum..orang tengok atas bawah atas bawah..malu a pulak..nasib baik la kawan2 ursynow pom pakai baju kurung jugak..haha..lawak bila tengok muka kawan2 yang pelik tengok ktaorang pakai baju kurung..and tiba2 je la aku perasan macam aku ni model kan..muahaha,jalan pom dah mula kontrol ayu la konon..haha..nasib baik xjatuh tangga kat anatomicum tu..hehe..
tapi sronok pakai baju kurung ni..walaupom suhu 0 degree,ak ada pakai long john a kat dalam..long john tu macam baju yang memerangkap haba la..jadi aku xde la rasa sejuk sangat..okay a,aku kena baca anatomy,esok aku ada test..
salam...

Sunday, October 17, 2010

my new life

salam...

arini ak nak bercerita pasal hidup ak dekat sini..sekarang ni ak sebenarnya tengah blaja pasal tulang2 ni..semua benda la aku blaja..segala lubang2 kat tengkorak tu aku blaja..banyak tu memang banyak..tapi ak ingat ada sorang kawan aku penah cakap..walau susah macam mana pom benda 2 tapi kalau kau dah minat,kau akan bole cope..dan kata2 tu lah yang ak pegang arini..okie2,enough bab tulang2 ni..



okay..gamba bawah ni gamba yang aku ambik masa pegi arkadia(mall)..dalam 2 ada carrefour..first time aku pegi carrefour ni,aku macam kambing masuk kandang selembu..aku serius xtau nak beli apa..semua barang aku xpaham pom content dia..sebab semua dalam polish..then balik dengan just beli shampoo pantene jer..haha..tapi aku suka datang sini sebab ada banyak barang yang menarik perhatian aku..sebenarnya sejak aku datang sini aku rasa macam aku blaja kat skolah harry potter 2..sebab bangunan dia kan macam klasik2 sikit..anatomicum yang ak tunjuk kat entry yang lepas 2 kan macam klasik kan..so ak pom macam berkhayal masuk skolah hogwart la kan..haha..then korang tengok saiz labu kat bawah ni..besar kan..haaa,menambahkan lagi aksesori khayalan aku..haha..sronok2..



ini pulak gamba Old Town..aku xtau nak bercerita apa pasal Old Town ni,tapi aku bole cakap dia macam satu tempat yang penuh dengan kesenian dan lukisan..banyak patung2 kat sini..lukisan pom banyak..banyak orang menyanyi jgak..


ok la dulu..till v meet again...salam..



Wednesday, October 13, 2010

ada apa dengan warsaw



Didatic centre...



depan main buiding..





dalam anatomicum..



pintu masuk anatomicum..





arini hafisza nak bercerita tentang bangunan2 bersejarah kat poland..hehe..bukan a..ni bukan sesi blaja
sejarah..eh tiba2 teringat kat cikgu maimun..cikgu sejarah ak masa f1 sampai f3..sebenarnya ni semua
bangunan tempat ak memerah otak untuk study medic..sebenarnya universiti warsaw ni bukanlah duduk
kat satu tempat..dia ni kan mcm UIA campur SOGO campur UM campur KLCC dan campur jelah apa2
kan..maksud ak,dia bukan dalam satu kampus..merata2 lah kiranya..so kls ak pom merata2 la..didantic
centre 2 slalu ad kls latin..anatomicum 2,ad kls anatomy n histology..lecture yang penting2 semua kat situ
a..mula2 sampai sini ak penim a jgak kan..dah a xreti cakap bhs polish,umah dalam 20 minit ke anatomicum
dan yang paling best,ak kena belajar jalan sorang2 pegi kelas..sebenarnya macam ni..geng kami semua ad
10 orang..3 orang duduk okopowa..geng2 ak la 2..sin chian,ain ngan ak..da rest semua duk ursynow..nak
dijadikan citer sin chian ngan ain ni sama group..ak plak yang tersesat pegi duk group 3..jadual ktaorang
memang totally lain..ak kls stat pagi,diorang plak stat tengah hari..jadi nak ke xnak ke,ak pom kena la blaja
berdikari..ingat semua jalan2 tu..masa awal2 tu takut a jgak..sapa xtakut,i'm a girl ok!!!jalan sorang2 kat
bandar besar macam warsaw ni..takut seh!tapi alhamdullh idup lagi hafisza sampai
arini..haha..tgk,perempuan mana ada lemah sangat..hehe..masuk bakul angkat sendiri..tapi penah je
sesat,xtau nak pegi mana..rasa macam nak nangis..penah je..tipu a kan kalu xpenah..tapi semua bnda ni la
buat ak rasa macam sronok je bila sampai ke destinasi..konon2nya terer a konon bole sampai dengan selamat..haha..ok a..salam..