mercy

Sunday, December 25, 2011

cinta itu tak semestinya memiliki.....


 ASSALAMUALAIKUM..CERITA YG SAYA DAPAT DARI FRANCE..



                                      


















alhamdulillah.....for my bestfrens,my adik,this story is for you..bua bea enumbua..wanna be like majid..wanna be like jane..n wanna be in love because of Allah..

Friday, November 18, 2011

Friday, October 28, 2011

kelembutan..

Bismillahirrahmanirrahim...




assalamualaikum..
setelah agak lama saya tak menulis blog..hari ini alhamdulillah saya boleh lagi menulis..hehe..sebenarnya kan saya nak jer tulis blog ni..tapi kan xtau nak tulis apa..nampaknya hafisza ketandusan idea2 bernas untuk menulis..hehe..atau hidup hafisza sedikit tidak bermaya dua tiga menjak ni..atau hafisza ada jer masa sebenarnya tapi melagha dengan benda tak sepatutnya..astagfirrullah.
hehe..

sebenarnya saya dah pindah rumah baru..rumah sekarang ni kami duduk bertujuh..ala2 tujuh orang kerdil dalam cerita snow white tu a..hehe..cuma nik jer a kalau nak tinggi pom..hehe..so far so good,alhamdulillah..seronok duduk ramai2 ni..makan sama2,tidur sama2,masak sama2,mengarut sama2..seronok..tapi yang paling seronok bila tiap2 hari ada ja ayat2 yang keluar daripada mulut kawan-kawan kat sini yang terkesan kat hati saya..macam haritu ada sorang kawan ni cakap ''kelembutan tu datangnya daripada Allah''..

tiba-tiba macam lahir satu macam perasaan kat hati ni,aku ni dah cukup lembut ke..macam mana nak lembut kalau dah tengah nak marah kat orang..and macam mana nak stay calm dan lembut kalau dah kesabaran kita tu dah sampai tahap boiling point tinggal nak meletus jer..susahnya!!! tapi kelembutan tu datangnya daripada Allah..kalau kita nak bagi barang kat orang,selalunya orang tu kita sayang kan..jadi saya pom fikir kalau Allah bagi kelembutan tu pada seseorang, orang tu pom mesti Allah sayang..dan untuk dapat sesuatu daripada seorang pencipta,bagi saya itu adalah satu anugerah yang sangat bernilai..macam kita dapat hadiah daripada sultan..tapi ni lebih jauh berganda2 agi rasa gembiranya tu..hehe..

sampai la satu hari saya pom terbaca satu buku,untuk pengetahuan hafisza sangat suka kalau dapat baca buku cerita..hehe,konon nak lari pada baca buku2 medic yang dah seriusly terang-terangan semuanya fakta2 menarik untuk dibaca tetapi sangat seksa untuk dihafal..hehe..buku tu cerita pasal Khalid b Said..dia ni kan pernah jadi panglima pada zaman Abu Bakar..confem a gagah perkasa,hebat,macho dan sewaktu dengannya la kan..tapi masa abu bakar dilantik jadi khalifah,dia xturut serta sebab dia sangat cintakan Rasulullah SAW..masa tu kat Rasulullah SAW baru wafat kan.then masa Abu Bakar tanya dekat dia,siapa yang dia akan pilih untuk dia jadikan ketuanya,samada anak saudara dia atau seorang lagi yang xada pertalian dengan dia,dia pun kata la,anak saudara sy, Amr b Al-'ash lebih saya cintai kerana hubungan kerabat tapi Syarahbil lebih sy cintai kerana agamanya,dia adalah saudaraku di ms Rasulullah SAW dan penyokongku yang mghargai anak saudaraku''

cara dia bercakap tu sangat la lembut..dan dia pernah dilucutkan jawatan sebagai panglima,tapi dia cakap ''demi Allah,sy tidak gembira ketika diberi jawatan,dan tidak juga sedih ketika kalian mncabutnya kembali..sesungguhnya yang tercela bukanlah anda''

masa kena pilih anak sedara atau orang luar pom dia pandai susun kata2 dia bagi orang tak terasa,masa kena lucut jawatan pun dia masih sangat kool berbicara..mana nak cari orang macam ni!!!kita setakat kena tolong mak beli barang pom dah hentak2 kaki malas..sungguh a kelembutan tu datang daripada Allah..dan saya rasa sangat bertuah sebab dikelilingi oleh orang2 yang lembut,dan harap2 kelembutan tu akan tempias la dekat hafisza..hehe..dan kita patut bersyukur dan hargai kalau ada orang yang cakap lembut2 dengan kita,sebab mungkin Allah nak bagi kita rasa apa itu kelembutan yang datangnya daripada Allah itu melalui orang lain..yang mungkin tak ada pada kita..^^v

Friday, September 23, 2011

summer yang sangat bermakna..

assalamualaikum..
disebabkan hafisza tengah boring tak tahu nak buat apa kat KLIA ni..jadi hafisza rasa nak mengimbas balik kenangan summer tahun ni..hehe..summer yang bagi aku sangat bermakna..



7.7.2011
SMS Tengku Muhammad Faris Petra
selepas lebih kurang 3 hari aku jejak tanah melayu,aku pergi sekolah lama..tempat yang bukan sikit aku mengumpul kekuatan,memori dan segala2 yang indah dalam hidup aku..hehe..aku ada kena handle program untuk adik2 tingkatan 2..banyak kenangan melintas dalam kepala..hehe..kadang2 rasa nak gelak sorang2..tapi nanti apa pulak orang cakap..


26.7.2011
bukit cerakah..
masa ni ada program dengan geng2 poland..bbbaik punya!!!!aku dapat tahu maksud bacalah dengan nama tuhan yg menciptakan..penting rupanya tabiat memebaca ni..hehe..tapi THE HIGHLIGHT EVENT,got chance to skytrex..aktiviti ni bole dikatakan aktiviti yang ekstrem untuk orang yang sayang nyawa..hehe..kenapa aku cakap macam tu,ok2..aktiviti yang ada kat situ banyak macam flying fox,merentas titi,tali tarzan,merentas paip, dan merentas net semua..pokoknya aktiviti dia tu banyak melibatkan merentas2 la..dan banyak melibatkan pokok jugak..TAPI!!!!apa yang kami buat ni 17 meter dari aras bumi..perghhh..nak panjat pokok first untuk dapatkan ketinggian 17 meter tu pom aku dah berhenti separuh jalan..hehe..serius tercungap seh..dan semua alat keselamatan macam pulley ngan penyangkut semua  kita kena pasang sendiri kat atas tu..setelah diajar la kan..kalau tak aku pom takut nak naik..hehe..

dan untuk tengok kawan2 perempuan aku yang aku bole label perempuan melayu terakhir transform jadi ratu2 tarzan malaya,inilah saatnya..ahaks..hehe..

1.8.2011=1 ramadan 1432H
rumah di pulai chondong..
aku menjalani ibadah puasa sambil blaja kereta..11.8 alhamdulillah aku dapat lesen L..

bila aku blaja kereta kan,masa nak buat untuk naik bukit tu..macam2 jadi la..dengan kereta terundur la..gear yang sepatutnya masuk tapi xmasuk la..dan kadang2 aku confuse,aku naik kereta ke aku naik kuda..terlompat seh!!! xpandai nak imbang clutch ngan minyak lagi la katakan..hehe..pengalaman2..

23.8.2011
KLIA
aku terbang pulang ke warsaw di saat umat Islam yang lain sibuk nak buat kuih raya ngan ketupat kat malaysia..dengan hati yang penuh hiba dan lara,tanah melayu kutinggalkan..cewwah..tolonglah hafisza!!

30.8.2011=1 syawal 1432H
anatomicum,warsaw
berbekalkan semangat seorang pejuang..hakhak..medan pertempuran antara laksamana hafisza versus paper anatomy pun berjalan pada hari ini..sungguh aku tumpahkan segala dendam kesumat aku kat kertas tu..yer a,orang lain dah bole pergi sembahyang raya dan pergi beraya tapi aku still stuck dengan kertas tu..namun perjuangan tak sia2..hehe..aku dengan rasminya tamatkan first year medical student pada 1 syawal..hehe..


1.9.2011
F. CHOPIN AIRPORT,WARSAW
aku pulang kembali ke tanah air..hehe..tindakan ini aku kira tindakan yang agak menggila daripada seorang hafisza..dah a beli tiket last minute dan aku balik sorang2 buat kali pertama..tapi kan hidup jer aku sampai hari ni..xde la azab sangat rupanya balik sorang ni..setiap sesuatu mesti ada kali pertamanya kan..hehe..

then hari2 berikutnya aku lalui dengan tabah..hehe..still blaja memandu..hehe..

19.9.2011
litar memandu machang..
litar ni menjadi saksi betapa cuaknya aku nak test kereta..hehe..tapi kan aku ingatkan aku sorang, rupanya ramai lagi orang yang lagi cuak pada aku..mana taknya,bila aku masuk dalam kereta untuk test,kepala gear tu dah berpusing dan stereng kereta tu dah berpeluh-peluh dah..hehe..mesti orang yang before aku tu dah bermandi peluh dah sebelum dapat habiskan semua ujian tu..muahaha..

alhamdulillah98..aku lulus ujian kereta..rasa macam nak jerit bagi satu dunia tau!!!!!hehe..aku sangat a gembira.. 




23.9.2011
KLIA
arini!!!!!aku sekali lagi akan terbang untuk meninggalkan tanah air tercinta..hehe..pulang ke warsaw..yang pastinya bakal menjanjikan seribu satu cerita,seribu satu kenangan,seribu satu pengalaman..yang pastinya akan mendewasakan seorang hamba bernama hafisza..

QS 2:216 ...........boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.. 


Sunday, August 28, 2011

langit RAMADAN..

QS 67:16 SUDAH MERASA AMANKAH KAMU,BAHWA DIA
YANG DI LANGIT TIDAK
AKAN MEMBUAT KAMU
 DITELAN BUMI KETIKA TIBA2 IA TERGONCANG?
ASSALAMUALAIKUM..
hafisza dah ada kat poland..hehe..insyaAllah akan ambik exam lusa..doakan hafisza..disebabkan kekangan waktu ni,hafisza just akan tulis pendek je kali,sebab rasa ketepuan yang teramat,jadi rasa nak tulis blog kejap..rehat..ada satu bnda yang buat aku nak jugak tulis something ni even kalut nak exam..sebab ayat 7 dalam surah Muhammad..that is the reason..sebab aku rasa ayat tu sangat memberi aku semangat sekarang ni..



Friday, August 26, 2011

harapan dan ketakutan..

HAIQAL'S 1ST SHOOT HERE..
QS 30:24 DAN DI ANTARA TANDA-TANDA(KEBESARANNYA), DIA MEMPERLIHATKAN KILAT KEPADAMU UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN HARAPAN,DAN DIA MENURUNKAN AIR HUJAN DARI LANGIT,LALU DENGAN AIR ITU DIHIDUPKAN BUMI YANG SETELAH MATI (KERING)..SUNGGUH ,PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR2 TERDAPAT TANDA BAGI KAUM YANG MENGERTI..

Saturday, August 6, 2011

kelantan..will i be able to come back again...

ASSALAMUALAIKUM..


MAKA APABILA KAMU TELAH SELESAI(DARIPADA SESUATU URUSAN),KERJAKANLAH DENGAN SUNGGUH2 (URUSAN) YG LAIN..


MOOD:SMUTNA(IT'S POLISH,KALAU NAK TAU KNA LA GOOGLE YER)
6th ramadan


ok..there are something wrong somewhere..i want to write but my hands are sooo slow..i don't know where to start..how to begin..


ok a kena tulis jugak ni..ak sebenarnya ada satu tabiat,kadang2 bila aku sedih or perasaan aku dah mcm rojak buah kat pasar ramadan tu kan,aku jd x berapa boleh nak menulis..aku lagi prefer bercakap..atau aku akan menulis tapi pendek(yang selalunya aku sorang jugak la yg faham) atau aku akan guna bahasa yg orang lain x faham..dont know why but that's me..


arini aku nak bercerita tempat aku belajar berdiri,jatuh,kuak lentang,tertonggeng,tersembam...tempat patah tumbuh gigi aku,tempat aku dari x kenal apa itu ''A'' sampailah aku kenal apa itu erti hidup..hidup dengan penuh makna bukan hidup selalu terkena..^^v


my pleasure to announce that the most meaningful place in hafisza's life Iiiiiiiiisssssss!!!!!!!!!!
KELANTAN.......


agak keterlaluan di situ..hehe..aku bukan lahir dekat kelantan..tp dari la umur aku ada 2 puntung gigi sampai la dah 20 ni aku duduk kat sini..semua kenangan masa kecik aku ada kat sini..masa remaja aku..kenangan masa sekolah aku..ada kat sini..tapi orang kata setiap pertemuan tu ada perpisahan nyer kan..nothing can stop it..no matter how much u wanna run from it,it will chase u..and finally u realize time is running out..


kadang2 aku rasa aku nak jer terus duduk kat sini..tp ni bukan tempat aku..sometimes i feel like i belong here..but it is just my fantasy..in reality i'm still hafisza who need to move..insyaAllah aku akan pindah hujung tahun ni..balik kampung aku..aku akan tinggalkan semua kenangan masa kecik aku kat sini..the things that soooo damn hard to be done..the things that i dont wanna do at all..and kelantan,will i be able to come back again?


cukuplah untuk kali ni..
barangkali barang yang kamu tidak suka itu baik utk kamu..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak...

Friday, June 10, 2011

ASSALAMUALAIKUM

DAN BALASAN SUATU KEJAHATAN ADALAH KEJAHATAN YANG SETIMPAL,TETAPI BARANG SIAPA YANG MEMAAFKAN DAN BERBUAT BAIK(KEPADA ORANG YANG BERBUAT JAHAT)MAKA PAHALANYA DARI ALLAH.SUNGGUH DIA TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG ZALIM..


*TAK

Thursday, June 2, 2011

dugaan datang dan pergi..first year medical student..

ASSALAMUALAIKUM..
DEMI MASA..SUNGGUH MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN..KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN
dah agak lama aku tak menulis untuk blog aku ni..maaf aku tujukan untuk PRIMROSES..hehe..bulan 5,merupakan bulan yang sangat mnguji aku..menguji di mana letaknya kesabaran,kekuatan,ketenangan,''keemoan'' seorang hamba bernama hafisza..ok biar aku cerita apa yang dah terjadi..
5.5.2011 khamis
scene:anatomicum
semua murid-murid tahun satu medical university of warsaw atau nama polishnya warszawski uniwersytet medyczny telah bersiap sedia dengan lab coat mereka yang berwarna putih untuk exam upper limb...semua orang kalut dengan atlas netter..hehe..
result exam hafisza..fail dua-dua kertas...mcq n pin praktikal
macam mana kena buat...akan ada oral test dan kena buat pin praktikal sekali lagi..so macam kita ambik exam sekali lagi la...first time fail dua2 kertas..hehe..
10.5.2011 selasa
scene:anatomicum
semua orang pakai baju putih lagi..hehe..kali ni pun semua orang kalut tengok atlas netter..sebab apa,sebab kitaorang ada pin praktikal untuk semester kedua..tajuk yang terlibat,thorax,abdomen,pelvis, dan upper limb...semua jantung ,perut dan kebawah dan segala bagai semua kena tau..tapi takpa,yang ni tak ada retake,cuma kena buat elok-elok sebab benda ni sangat berguna untuk final..mengadap la kami mayat-mayat itu selama lebih kurang 30 minit untuk jawab 60 structure..warghhhhhh,hafisza cuak,kalau final mesti lagi cuak..peluh jantan menitik la jugak bila nak habiskan 20 pin awal tu,sbb pin yang 20 awal tu hanya boleh salah 2 sahaja..kalau lebih dua,jawapannya u fail!!!!
16.5.2011 isnin
scene:bilik darjah histology
exam slide histology...hafisza punya la cuak nak exam praktikal slide ni sebab cikgu hafisza sangat tegas dalam timing masa kitaorang untuk tengok slide..kita kena kenal pasti 5 jenis slide dalam masa lima minit sahaja..kena betul 3 dari 5..if not,u fail..dan slide-slide dia,masyaAllah sangat laaaaa nak sama structure dia,macam parotid gland,pancreas ngan lacrimal gland..mamillary gland ngan thyroid gland..tu tak masuk yang structure sama tapi staining lain-lain lagi..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar...sebab hafisza dah tengok slide sampai macam dah ada terbayang-bayang gambar cell dah kat mata even hafisza tengok benda lain pun..hehe...
17.5.2011
pagi
scene:kelas polish..
exam final polish...dan hafisza sempat study dua jam ja..sebab malam tu study untuk upper limb..alhamdulillah polish lulus...
petang,hari yang sama!!!!
retake upper limb...pin dan oral exam ngan pan maciej...pin dia saaaaangaaaaaat la susah sebab tangannya dipusing, diterbalik, diangkat, ditonggeng semua a...alhamdulillah lepas jugak akhirnya..tapi pin dia menyumbang kepada ramai yang fail..sebab pin dia saaaangaaat la membunuh...hehe..buat kali pertama tangan boleh membuat seorang hafisza menggigil..hehe
bila hari ni berakhir,serius hafisza sangat penat...tapi tak boleh berehat lagi sebab ada exam histology hari sabtu,jadi ada 3 hari ja lagi nak habiskan 9 topik histology..
21.5.2011 sabtu
scene:dewan nak exam histology...
exam histology berjalan dengan lancar..aku banyak buat mnemonic yang entah apa2...contoh,''justin Bieber ada Langerhan''..maksud dia, birbeck granule ada dalam langerhans cell.."Hafisza Takut" la..maksud dia hassal cell ada dalam medulla thymus..apa entah lagi benda yang aku buat mnemonic..hehe..tapi seriously sangat membantu..alhamdulillah selepas kertas aku disemak kembali aku lulus..hehe,ada kejadian yang sangat pelik sebenarnya berlaku kat kertas aku..tapi takpa la..aku malas nak crita..
24.5.2011 selasa
scene:anatomicum
exam anatomy lower limb punya topik..
mcq alhamdulillah lepas,walaupun soalannya sangat membunuh...
pin sangkut lagi..so kena bukak atlas netter lagi la jawab dia..hehe...
26.5.2011 khamis
scene:anatomicum
retake exam untuk lower limb hanya dua hari selepas first try..(selalunya seminggu)
resultnya menyebabkan ramai kena masuk comission untuk lower limb..(comission adalah apabila dua kali ambik exam tapi still tak lepas2 jugak...hehe)
aku adalah salah seorang yang kena comission jugak..hehe..dan aku memang dah ada satu comission untuk head n neck punya topik..wuish topik head n neck ni saaaaaangaaaaaat la panjang..(kalau nak kena prepare untuk oral tajuk ni memang boleh buat kita tenggelam dengan keasyikan branches of the arteries and veins...dan termasuklah branch nerve segala bagai..12 cranial nerves memang kena master a jugak..tak masuk pathway2 agi..subhanallah banyaknya ilmu Allah...
31.5.2011 selasa
scene:anatomicum
KEMUNCAK HARI YANG HAFISZA TUNGGU2!!!!!!
COMISSION DAY!!!!!(kalau tak lepas yang ni tak boleh ambik final tau)
Alhamdulillah98!!!!!Allah permudahkan urusan hafisza..dengan dapat lecturer yang saaaaaaanggaaaaat baik yang tanya soalan...dan dapat soalan yang Allamdulillah hafisza dapat jawab..hafisza lepas comission head n neck dan lower limb.....
when ALLAH wants to teach you something,He will always be there for u..no matter how hard life is,Allah knows best n He will never leaves us alone...doakan hafisza,ada exam final histo dan anatomy lagi ni..hehe...assalamualaikum,jaga iman dan jaga amal...

Sunday, April 10, 2011

Ayah..damailah kamu di sana..

assalamualaikum..

andai kau masih di sini ayahku,

ingin sekali aku berbicara denganmu

menatap matamu

memegang tanganmu

ingin sekali aku ucapkan

aku terlalu rindukan kasih sayangmu

gelak tawamu..



andai kau masih di sini ayahku,

aku ingin katakan padamu

tak pernah sedetikpun aku lupa padamu

semangatmu mengalir dalam darahku

aku mahu kuat sepertimu ayahku

aku ingin tunaikan impianmu yang tergalas dibahuku

sebagai tanda cintaku padamu.


andai kau masih di sini ayahku,

ingin sekali aku dengar butir bicaramu

yang pasti menaikkan semangatku

yang bisa membuat aku tersenyum

yang mendamaikan hatiku


andai kau masih di sini ayahku,

ingin sekali aku ke pantai bersamamu

ingin sekali aku berenang bersamamu

ingin sekali aku memakai baju buatanmu

ingin sekali aku memasak bersamamu

ingin sekali aku memelukmu

seperti selalu

kerana aku rindu..

terlalu rindu

amat rindu


andai kau masih di sini ayahku

aku ingin bicara tentang hujan denganmu

yang masih aku ingat itulah bicara terakhir kita

yang pada saat itu aku langsung tidak sedar

itulah saat akhir untuk kita..

andai aku tahu,

aku mahu bicara denganmu lebih lama

ingin kau tahu bahawa aku sangat sayang padamu

ingin aku berterima kasih atas segalanya

kerana kasihmu tiada galang gantinya

kerana kasihmu aku rasa bahagia

kerana kasihmu aku dewasa..



with tears,anak yang sangat merinduimu..


QS 62:8 KATAKANLAH "SESUNGGUHNYA KEMATIAN YANG KAMU LARI DARIPADANYA,IA PASTI AKAN MENEMUI KAMU,KEMUDIAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA (ALLAH),YANG MENGETAHUI YANG GAIB DAN YANG NYATA,LALU DIA BERITAKAN KEPADAMU APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN..

Saturday, March 26, 2011

pemandangan di Poland yang sedikit berbeza dari Malaysia

ASSALAMUALAIKUM.....

setelah hampir sebulan aku tak menulis,hari ni aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu kat blog ni..jiwang sikit ayat pembukaan kali ni..I was a bit busy this month..sibuk dengan macam-macam hal..but i do think about my blog..apa yang aku nak tulis..yang akhirnya membawa kepada entri kali ni..suka aku nak mula dengan peribahasa ni,di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..I miss my country so much..tapi aku juga sangat seronok duduk kat sini..kenapa????sebab ada benda kat sini yang berbeza sedikit dari Malaysia..

1:musim(mesti la kan)

kalau sebut pasal musim,mesti semua orang tau yang negara2 eropah ni 4 musim kan..tapi bagi aku warsaw ni kadang-kadang dia punya cuaca boleh buat ibarat macam perempuan merajuk,susah nak jangka..kadang-kadang happy,kadang-kadang emosional..nampak hari ini macam dah masuk musim spring tapi tak bermakna esok tak salji..macam pagi ni..tiba-tiba jer salji turun..padahal hari ni dah 26.3..kalau ikut dah patut tukar musim dah..hehe..
gamba kereta dipenuhi salji
2:pengangkutan(dia ada 3 jenis kalau kat sini yang utama,bas,trem dan metro)

bagi aku pengangkutan kat sini sangat efisien..kalau aku nak pergi kelas tu,insyaAllah dalam 15 min dah sampai..so bagi orang2 yang mempunyai masalah untuk bangun awal ke..kat sini tak menjadi masalah la..hehe..dan bagi orang yang suka ponteng kelas,kat sini tak boleh la nak bagi alasan,saya tertinggal bas la cikgu..hehe..time interval antara pengangkutan dia,kalau trem dan metro lebih kurang 3 minit jer..sangat cepat kan..kalau bas,dia ada jadual dia sendiri..so kita boleh tengok dia sampai pukul berapa dan selalunya dia sangat menepati masa..mantap kan..


ni trem

ni bas(tak macam kat Malaysia,bas kat sini macam dua bas yang digabung..panjang kan)


ni metro(macam keretapi bawah tanah la..laju!!!!)

3:budaya dan pakaian

terima kasih kepada model..haha


cuba tengok apa yang menarik kat gambar di atas..haha,macam soalan dalam surat khabar pulak..ok2,ada sorang yang tengah baca something..tu adalah pemandangan yang biasa kat sini..mana2 pun akan nampak orang membaca..selalu sangat nampak..bagi aku lelaki2 kat sini nampak sangat laaaa machoooo bila diaorang baca buku..perempuan2 kat sini pun sama..dah la memang stok2 hidung terpacak kan,then baca buku pulak..perghh sangat laa nampak bergaya dan boleh buat orang-orang macam aku ni terpesona..hehe..sebab bagi aku macho seseorang lelaki tu bukan nampak pada muscle2 atau kegagahan fizikal tapi pada cara2 yang macam ni la..the way they treat women..maybe bagi lelaki Malaysia,tolong bukakkan pintu untuk perempuan tu satu benda yang tak patut dibuat pun,"diaorang pun ada tangan apa,bukak a sendiri"..tapi sebenarnya benda-benda kecik macam ni bole buat perempuan senyum sepanjang hari..haha..sebab rasa dihargai..


aku selalu kut rasa dihargai kat sini..sebab akan selalu ada orang yang akan bukakkan pintu lif dekat kitaorang..tolong bawakkan beg even kitaorang tak mintak pun(ni beg yang besar yang buat travel tu)..pernah sekali jiran kitaorang,namanya Lukasz..masa tu aku nak pergi kelas,kebetulan naik lif dengan dia,dia pun tegur..then kitaorang pun borak2 la kejap kan sebab dia bole cakap english..at the end of our conversation,tau tak dia cakap apa,"ok i need to catch the trem now,nice to meet you,take care and have a nice day''..tak ke benda2 macam ni bole buat perempuan cair!!!!muahaha..tak de la..gurau jer ^^v
dan satu benda lagi,susah sebenarnya nak jumpa orang2 kat sini yang pakai baju yang warnanya agak cerah..cuba tengok gamba kat atas tu,ada tak nampak orang pakai baju warna kuning ke,hijau pucuk pisang ke,hijau muda ke,oren ke..even merah pun susah nak nampak..selalunya baju diaorang warna dull..hitam,grey,coklat..pelik kan..


ni dia time interval antara metro..tengok tu 1 minit 20 saat jer lagi..

muka entah pa per..
4:pintu(ada apa dengan pintu)

haaaaah..mesti korang pelik kenapa dengan pintu,apa yang beza..kat sini dia punya security pun aku bole tabik jugak la..kalau nak masuk sesebuah bangunan,kita kena ada kod tau..so macam sangatla susah bagi pencuri untuk mencuri or nak buat aktiviti pecah rumah..satu lagi kalu kat Malaysia,kita pusing kunci 360 darjah,pintu dah boleh bukak dah kan..tapi kat sini,kita kena pusing 2 kali,meaning 720 darjah baru pintu tu akan terbukak..mantap kan..hehe






5:toilet

bilik mandi dia tak macam kat Malaysia,kena mandi dalam tab..hehe..tak bole basahkan lantai toilet sebab dia takde lubang saliran kat lantai toilet macam kat malaysia..so kalau kita mandi bukan kat dalam tab tu air akan bertakung jer kat lantai bilik mandi tu..dan dia ada dua paip,satu paip air panas,satu lagi air sejuk..


cuba cari apa yang lain kat gamba di bawah..hehe..





jawapanya ialah!!!!!!!!!!!!!
takde paip air kat jamban dia tau!!!!huhu..ni benda yang sangat aku tak suka..sangat berlainan daripada norma masyarakat melayu kut!.so kena pandai2 lah letak baldi kat dalam jamban untuk buat tempat letak air..tapi cuba korang fikir macam mana kalau jamban kat kelas..haaaah..cuba teka macam mana nak buat..hahaha..fikir a sendiri..hahaha..aku tak nak jawab..hahaha..
ok2..that's all for this time..until we meet again..jaga iman,jaga amal..




QS 3:137 SUNGGUH TELAH BERLALU SEBELUM KAMU SUNAH-SUNAH (ALLAH),KERANA ITU BERJALANLAH KAMU KE (SEGENAPPENJURU)BUMI DAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG YANG MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL)