mercy

Wednesday, January 9, 2013

Feel the baby..

ROME, WINTER 2010..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..ASSALAMUALAIKUM..

Hari ini 9 jan 2013.. Semua orang pun mesti tahu kan.. Selamat tahun baru!!!! (^^)v Hari ni kami ada masuk subjek baru untuk kelas klinikal kami.. Subjeknya neonatology.. Hafisza ingat subjek neonate ni after kelas peadiatric masa bulan 12 aritu,rupa-rupanya after kelas internal medicine baru ada kelas neonate.. Senior2 selalu cakap neonate ni best.. Apa yang istimewa sangat neonate ni sampai orang teruja sangat masuk kelas ni,nanti hafisza cerita..

Tapi kami ni group 4,which is the last group.. Jadi kelas klinikal group 4 ni lambat sikit pada group orang lain, kena sabar a sikit.. Jadi hari ni hari pertama kami masuk kelas neonate..

Subjek neonate ni pasal apa sebenarnya,subjek ni sebenarnya subjek yg bole kata kita akan pegang, terbalikkan, angkat, tekan semua a bayi yang baru2 lahir tu.. Sebab tu la orang suka subjek ni,sebab bole main dengan baby.. haha.. 

Tapi sebenarnya hafisza nervous a jugak sbb sebelum tu tak tahu pun nak kena terbalikkan baby tu tau (then kawan yg group awal bgtau kena balikkan baby, waaaa).. Maksud terbalikkan kat sini ni,  satu tangan kita kena duk bawah kepala baby tu dan satu tangan lagi duduk kat leher,bawah dagu dia lepas tu terus rotate 180 degree.. Sebab kita nak balikkan baby tu dari posisi baring ke meniarap sebab nak tengok tulang belakang dia,bengkok ke tak.. Dan bole bayang tak, nak balikkan bayi yang baru dua hari umur dia, dengan mak ayah baby tu duk jadi pemerhati setia takut kita buat entah apa2 kat anak dia.. Dan dengan kita yang baru pertama kali nak balikkan anak orang, gerun a jugak.. haha.. Tapi alhamdulillah boleh je buat.. Cuma kena berani sikit saja..haha..

Bayi pertama yang hafisza buat full examination hari ni lahir 7 january 2013 ( benda pertama terdetik kat hati,sama dgn tarikh ayah meninggal) jadi umur dia baru dua hari, hari ni.. perempuan, comel sangat tapi kuat nangis.. Cikgu cakap dia lapar.. Lahir melalui kaedah caesarean section sebab songsang.. Sama macam hafisza a baby ni.. Buas sejak dari dalam perut agi kan..haha.. Lalu hafisza pun kena la buat full examination, mestilah banyak benda yang hafisza tak tahu lagi kan, tapi I tried my best, seriously.. 

Masa saya buat examination tu ,nampak kut muka risau mak dia.. Ayah dia duduk belakang hafisza.. Then cikgu ada cakap jangan risau ikut polish kat ayah dia.. Tersentuh jugak a hati ni.. Sayang mak ayah tu bukan benda main2 kut.. Sebab baby ni nangis masa hafisza tengah examine tu,lapar sungguh a kira.. Bila masukkan jari nak check palate dia, terus dia suck jari.. Kesian baby lapar..Tapi mak dia dah nampak risau sangat dah..

Kiranya kasih sayang mak ayah tu tak tahu a kan nak dilabel dengan perkataan apa.. Tapi kalau nyawa tu bole ditukar ganti rasanya mak ayah sanggup je buat untuk anak dia.. Jadi apa pun yg terjadi antara kita dengan mak ayah kita, ingatlah kita ada satu je mak dan satu je ayah atas dunia ni..Yang sanggup beri apa saja untuk kita.. Dan mereka juga bukan insan yang sempurna,mereka buat salah.. Tapi ingat satu hari bila kita dah hilang mak ayah kita, kita tak akan pernah jumpa orang yang sayang kita macam mak ayah kandung kita.. Tak akan pernah ada yang sama.. Mungkin kita tak nampak sayang mak ayah kita, but one thing for sure ,because of them we're where we're.. Because of their love we're here.. Jangan pernah sekali-kali ragu dengan kasih sayang mereka.. Sebab kita tak akan pernah rasa betapa ruginya kita tak menghargai, tak berkorban, tak luangkan masa dengan mak ayah kita sampailah hari yang mana kita tahu kita dah tak akan mungkin dapat pegang tangan mak ayah kita, cakap terima kasih sebab besarkan kita, mintak maap atas segala salah silap kita.. :) so be a nice son or daughter..dan hargailah mak ayah anda..

thank Allah I have them..till we meet again..assalamualaikum.. :)

Wednesday, November 28, 2012

Parasite final exam..done!!!!!

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulillah98 kami baru habis exam final parasite pada hari ini!!!! :)


There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you








allamdulillah setelah berhempas pulas untuk menghafal semua nama2 parasite yang sangat complicated akhirnya semuanya dah selesai..tapi result xkeluar lagi..disebabkan exam ni ada written part dan laboratory part maka result akan keluar minggu depan..

exam parasite banyak yang perlu diingat,dia mengajar hafisza untuk membahagikan semua maklumat dengan betul di dalam kepala..ya lah siapa yang bawah group protozoa biasa,siapa trematode,cestode,nematode,opportunistic parasite,leishmania,trypanosoma,plasmodium dan arthhropod..ini baru classification yang general..

sebagai contoh,padan ambik satu group,group trematode
fasciola hepatica,faciolopsis tropica,schistosoma mansoni,schistosoma japonicum dan schistosoma haematobium..kami perlu ingat semua pasal setiap parasite ni daripada ciri2,stage apa (metacercariae/furcocercariae),geography,life cycle, infective stage,method of infection,symptoms,localization in the body and special feature..untuk setiap parasite..subhanallah,at the end of da day hafisza rasa letih sangat dah..banyak ilmu Allah ni dan kita xkan pernah mampu untuk tahu semua benda.. :) kerdilnya manusia..

cuba imagine,kita nak ingat nama2 parasite dan ciri2 dia sikit pom dah rasa nak pengsan,nak termuntah segala bagai dah kan,tapi Allah bole ingat semua benda..bukan pasal kita sorang tapi semua orang dan semua makhluk atas bumi dan di luar bumi kut!!!!! termasuklah pasal semut kat Malaysia dan pasal dandelion kat Poland... subhanallah.. :)

 maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

jangan kerana kita belajar di luar negara buatkan kita sombong dan rasa angkuh..rasa kita pandai dan tahu semua benda..dan tak pernah sikit pun nak cuba mendalami ilmu agama,tak pernah teringin nak berada dalam majlis ilmu,tak pernah teringin nak belek Quran dan tgk tafsirnya..kerana belum tentu kalau kita diletakkan di meja seorang cashier di pasar raya,kita mampu dan tahu macam mana nak menggunakan mesin wang tu.. :)

dan yang lagi teruknya bila kita sendiri jarang nak ucapkan rasa syukur kepada pemberi dan pemilik segala nikmat..jadi untuk segalanya yang Allah dah bagi pada kita maka marilah kita zahirkan rasa syukur kita,insyaAllah.. :)

p/s:hafisza,org yang ujiannya nikmat ni mudah lupa..dan tangan org yg menulis ni lagi dekat pada mata orang lain yang membaca..bersyukurlah..ingatan untuk hafisza.. :) :) :) 

Wednesday, November 14, 2012

A DAY AS A 3RD YEAR MEDICAL STUDENT

ASSALAMUALAIKUM..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

:) agak lama dah rasanya saya nak menulis,tapi insyaAllah harini saya ingin menulis sesuatu yg penting bagi seorang hafisza.. tahun ni saya dah 3rd year medical student alhamdulillah..yg mana bermakna bermulalah latihan klinikal dekat hospital,maksudnya perlu ke hospital tiap2 pagi..3 minggu untuk peadiatric dan 3 minggu internal med untuk semester ini.. :) maka selusurilah cerita hamba..haha


pagi2 kami akan lalu kawasan ni,ni macam ada padang ke orang nak panggil,malam2 lalu kawasan ni kalau sorang2 hafisza memang akan baca ayat kursi sampai ke pintu rumah a,gelap sikit..kalau winter ni tempat ice skating yg xpayah pakai kasut untuk skate pom,guna kasut sendri tu pom boleh buat ice skating kat area ni..senang cerita area ni akan dipenuhi salji..dan hafisza xberapa suka sikit a..susah nak jalan..hee~~ 



then kami akan ambik trem which is keretapi atas jalan..selalunya kami akan lari untuk ambik trem ni..macam pagi tadi..kadang2 tu dengan pakai kain dan baju kurung pun kami lari je..hilang a trait2 puteri gunung ledang kalau kat malaysia,tapi kat sini redah je..nak cepat la katakan..

ni trem no 16..kami akan ke hospital dzialdowska yg mana lebih kurang sejam dari rumah kami..WORONICZA tu stesyen rumah kami..then ke DW CENTRALNY..




then bila dah sampai centralny,kami akan tukar trem naik no 8 la kalau afdalnya..kalau lambat trem ni sampai naik trem lain dulu dan tukar kat satu tempat ni..dan kami akan berhenti kat PLOCKA..



then jalan sikit dari tempat trem..sikit lagi nak sampai..tu depan tu je..parking lot untuk ambulans i guess.. :)



inilah dia hospitalnya..



groupmates bersama international student.. :)


masih terasa betapa poyonya hafisza masa first day kelas sebab gantung stethoscope kat leher dan sebenarnya tak berapa reti guna pom,haha..masa first day laa..n i noticed one thing ,lab coat tu tak payah button pun sebab nanti susah nak buat masuk stethoscope kat telinga..

 


then kami buat physical examination..balik tu hafisza singgah satu tempat.. teruja sebab masih ada pokok yang masih bertahan penuh dengan daun walaupun suhu dah 5 degree dan pokok lain dah botak semua dah..




pokok, i like u so much,do u like me? haha

 




sebenarnya kalau bole ada banyak lagi benda yg saya nak tulis,but i need to sleep or esok hafisza mengarut kat hospital jenuh nanti..hee~~

doakan kami..till we meet again,assalamualaikum..

Wednesday, September 19, 2012

JANGAN TAKUT UNTUK GAGAL..BERDIRILAH,BANGUNLAH..

ASSALAMUALAIKUM..


sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini..hari ini saya ingin sekali menulis sesuatu..kalau boleh yang betul-betul lahirnya dari hati..agar memberi manfaat kepada setiap yg membacanya..

sekarang ini kalau di poland keadaan dah semakin sejuk,cuacanya agak muram..hari ni hujan gerimis di sini..saya dah hampir sebulan pulang ke bumi poland,saya pulang awal kerana saya perlu reseat untuk kertas physiology..saya tak pernah malu dengan kegagalan kerana bagi saya kegagalan akan sentiasa dan akan selalu mematangkan saya..mungkin kadang-kadang "GAGAL" pada pandangan manusia itu adalah sesuatu yang negatif..kita kalah dalam pertarungan ujian..namun bagi saya kegagalan banyak mematangkan saya..

bagaimana kita melihat pada kegagalan itu sendiri sebenarnya memberi kekuatan..untuk bangun dan melihat kegagalan itu sebagai satu peluang untuk lebih berjaya dan medan untuk lebih menimba ilmu itu sendiri perlukan latihan..perlukan didikan..kerana kadang-kadang kita rasa kita sudah memberikan yg terbaik dalam persiapan untuk menghadapi ujian namun kita masih lagi gagal..kadang-kadang diri terasa sangat rendah diri,luntur semangat..tapi apabila kita melihat semua ini dari sudut pandangan positif,mungkin ini adalah peluang..peluang untuk kita lebih,lebih mencari maklumat dan lebih mengorek ilmu itu sendiri..kerana mungkin apa yang buruk pada pandangan kita,sebenarnya baik untuk kita..ya, pandangan manusia itu terbatas dan pandangan Yang Maha Kuasa itu sangat luas..bersyukurlah..dan jangan berputua asa..akan ada,akan sentiasa ada rezeki dari ruang yang tak disangka-sangka..

apa yang perlu kita lakukan hanyalah yakin bahawa rezeki dan bahagia itu ada di mana-mana..mungkin cara pengagihannya berbeza..mungkin hari ini kita gagal dalam ujian kita dan kawan2 kita lulus..percayalah bahawa Allah tidak pernah lupakan kita..walau kita seorang sahaja yang gagal,percayalah rezeki kita ada..mungkin belum masanya untuk kita mendapatkannya..yang perlu kita lakukan hanyalah yakin dan percaya..dan jangan sesekali berputus asa..teruslah berjuang..nikmatilah perjalanan sepanjang jalan perjuangan itu..yang pastinya banyak pengajaran dan pelajaran yang akan kita perolehi sepanjang perjalanan itu..

pandanglah dunia dengan mata hati..pastinya hidup ini akan lebih bererti..jangan takut untuk gagal..

Saturday, July 28, 2012

(^^)v

assalamualaikum..

8 ramadan..

sometimes there're lot of things that wanna pull you backward..then u'll need to have a strong desire to stay..your own desire..you need to be strong,no matter what,life must go on..live happily for you yourself and for them..because at last we'll meet again right..dont let the spirit gone because it is not you..you're strong , brave and special..believe in it and u'll be just  like you.. (^^)v

kiedy jestem zmeczona, slucham moje serce.. primroses..

Tuesday, June 12, 2012

ringtone..

ASSALAMUALAIKUM..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Air pasang pagi surut pukul lima,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
pokok bunga jah tanam tepi kolam,
itik bertelur ayam menetas,
cik baba jatuh dalam parit,
cik aminah ketawa jerit-jerit,
naik kereta api singgah kuala lumpur,
nampak bini cantik g sengih bawah dapur..

heee..haha..lawak tak lagu tu..tu ringtone hafisza..dulu masa duduk kat kelantan dulu,saya duk satu kawasan perumahan yang ramai budak2..disebabkan masa tu tengah tunggu result A level dan hafisza free,ada la anak2 jiran yang nak datang belajar dengan hafisza..


lagipom masa tu mata pelajaran math dan sains dalam bahasa Inggeris..jadi,jadilah hafisza cikgu sementara untuk adik2 ni..ringtone tu ada salah sorang daripada adik2 ni yg nyanyikan utk hafisza,dan saya record..dan jadikan ianya sbgi ringtone..heee..

mereka ajar hafisza erti keikhlasan,kejujuran dan sabar..senyuman mereka beri ketenangan..hadiah dari mereka simbol keikhlasan..




haha..nak dijadikan cerita,harini saya exam immunology..subjek yang agak susah..buku yang kami guna ada banyak details..soalannya  pom sangat susah kalau exam untuk subjek ni..

sebelum masuk exam cikgu dah suruh silent phone..disebabkan saya sangatlah tak hiraukan handset,saya ingat saya tertinggal tepon kat rumah la kan..buat tak tau je la masa cikgu suruh silent phone..lagipun beg kena letak kat depan dewan exam..jadi malas nak check ada bawak phone ke tak..

jadi dalam dewan exam tu,mulalah kami mnjawab exam dengan khusyuknya..subhanallah soalan dia..Allah je a yang tau..hafisza kena fight kut buat soalan tu..dalam hati dah ''bertenang hafisza,bertenang..baca soalan elok2..ko bole buat..ko bole buat..''..cuak..soalan first pun dah  macam apa dah..really test my spirit..

tiba2...bunyi...

air pasang pagi surut pukul 5,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
--till the end of da ringtone..

''macam aku kenal je bunyi tu!!!! hafisza, ko punya phone!!!! alamak'' dalam hati.. tiba2 dengar satu dewan dah gelak..adui!!! nasib baik bahasa melayu punya ringtone..kalau tak lagi malu..anak2 mat saleh ni xpaham bahasa melayu..takpa2..haha..tapi dalam hati,duk kata, bagi a ringtone ni x berulang2 (sbb kalau alarm dia akn berulang,kalau mesej dia x berulang)..kalau tak gila dah hafisza dibuatnya dalam hall tu..then alhamdulillah sekali ja dia bunyi..

warghhhh..lega2..trganggu konsentrasi semua orang dalam dewan exam sebab ko hafisza..adui..lawak a..

then bila keluar dewan exam,kawan chinese hafisza tegur..''i ada dengar bunyi itik..itik..i tau tu mesti malaysian punya phone..'' adui hafisza ada jugak org paham melayu dalam hall tu..lupa ka..hakhak..

lain kali silent phone ya..haha..

immuno,u're so hard that i can forget to breathe..

till we meet again..assalamualaikum... :)