mercy

Saturday, February 25, 2012

HADIAH HARI LAHIR UNTUK KAMU..

ASSALAMUALAIKUM..












INI ADALAH HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN SEORANG INSAN YG SANGAT BESAR JASANYA DALAM HIDUP SAYA..INSAN YANG AKAN SELAMA-LAMANYA BERADA DALAM INGATAN SAYA..

DAN SEBAB HARI LAHIR DIA DAH NAK DEKAT, 7 MAC..AND I HAVE WORK TO DO ON THAT WEEK..WAHAI SAHABAT NI HADIAH AKU UTK KAMU..

MOGA APA YG KAMU TANYA AKU NI,AKN JADI MANFAAT PADA ORG LAIN JUGA,INSYAALLAH..TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA..


ALHAMDULILLAH98..
HAIQALHAFISZA
24022012
0856 JUMAAT..
BAITULSOLEHAH..

Friday, February 10, 2012

satu hari dalam sejarah..ingatan selamanya..

 assalamualaikum..




dengan nama Allah yang sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong...


astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah..


hari ini saya nak cerita serba sedikit pasal kelas intensif polish..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah,kelas ni banyak mengajar saya tentang bahasa polish..dan serius!!! mematangkan hafisza dari segi kehidupan..nak tau kenapa..^^v..




national stadium...EURO 2012...


kelas ni sebenarnya terdiri daripada orang-orang yang dah berumur sedikit..dalam lingkungan 20 ke 40-an..groupmate yang paling muda namanya Susan dan Luda..dua-dua masih belajar..


Yoko..mak cik dari Jepun yang berkahwin dengan warga Poland..kali pertama jumpa serius tergamam bila dengar shikin cakap Melayu dengan dia!!!!tiba-tiba jer shikin ni cakap melayu dengan orang Jepun,ngigau ke apa ke?rupa-rupanya mak cik Yoko pernah duduk kat Indonesia..dia jumpa husband dia pun kat sana kalau xsilap..perghh mantapkan..nampak sangat bahasa melayu ni senang sebab dah banyak kali jumpa mat saleh yang boleh cakap melayu..masa kat france pun sama..tapi kebanyakannya bahasa melayu indonesia..

Hiran,Benjamin,Juan dan Gerald semua dah kerja..yang paling mantap Gerald,dia ni angkasawan!!!xpernah juga terbayang dalam fikiran hafisza yang satu hari nanti akan ada groupmate angkasawan..serius hafisza sangat kagum dengan pak cik ni..selalunya kalau nak tanya pasal prognoza pogada(ramalan cuaca),bole tanya pak cik ni..


tapi hari ni punya cerita akan jadi pengalaman..akan jadi ingatan..hari ni satu hari dalam sejarah bagi hafisza..for the first time in my life,someone invites me to drink alcohol!!!!sebab ada satu kedai ni yang baru buka mungkin,yang buat promosi satu gelas pertama arak tu free..jadi sorang groupmate ni ajaklaa orang-orang dalam group ni untuk pergi.. this is not cool..not cool at all..and not something to be proud of..and not something to laugh at..cuma nukilan ini ingin saya jadikan satu peringatan,satu ingatan untuk hamba yang banyak berdosa,hamba yang hina ni..


PALAC KULTURY..PURPLE..

pertanyaan yang dimulakan dengan bahasa polish..
encik 1:czy idziesz do wina? (lebih kurang a pertanyaan ni,maksudnya adakah awak akan pergi minum arak?)

(padahalkan cikgu dah bagitau kitaorang tak minum arak,hish!!)
hafisza:nie!!nie!!(tak!!!..)

alhamdulillah98!!!nasib baik tangkap benda dia nak cakap..

cik 2:nie idziesz?nie pijesz wino?
(awak tak pergi?awak tak minum arak?)

hafisza:nigdy!!!! nie!!!(never!!! tak!!!)

astagfirullah98!!!timbul rasa dalam hati,different feeling..adakah aku masih belum cukup membawa imej Islam ya Allah sampaikan Kau izinkan seorang manusia bertanyakan padaku tentang sesuatu yang ternyata haram disisiMu,kepala segala kejahatan..atau Kau mahu mereka tau melalui aku,kerana aku lemah ya Allah..aku tak mampu memberitahu mereka mengapa..astagfirullah..serius rasa lain..

 Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dari khamar (arak) sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."




I want the whole world to know..I am a Muslim,and because of Allah,i don't drink alcohol!!!!biiznillah!!!!!!