mercy

Wednesday, September 19, 2012

JANGAN TAKUT UNTUK GAGAL..BERDIRILAH,BANGUNLAH..

ASSALAMUALAIKUM..


sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini..hari ini saya ingin sekali menulis sesuatu..kalau boleh yang betul-betul lahirnya dari hati..agar memberi manfaat kepada setiap yg membacanya..

sekarang ini kalau di poland keadaan dah semakin sejuk,cuacanya agak muram..hari ni hujan gerimis di sini..saya dah hampir sebulan pulang ke bumi poland,saya pulang awal kerana saya perlu reseat untuk kertas physiology..saya tak pernah malu dengan kegagalan kerana bagi saya kegagalan akan sentiasa dan akan selalu mematangkan saya..mungkin kadang-kadang "GAGAL" pada pandangan manusia itu adalah sesuatu yang negatif..kita kalah dalam pertarungan ujian..namun bagi saya kegagalan banyak mematangkan saya..

bagaimana kita melihat pada kegagalan itu sendiri sebenarnya memberi kekuatan..untuk bangun dan melihat kegagalan itu sebagai satu peluang untuk lebih berjaya dan medan untuk lebih menimba ilmu itu sendiri perlukan latihan..perlukan didikan..kerana kadang-kadang kita rasa kita sudah memberikan yg terbaik dalam persiapan untuk menghadapi ujian namun kita masih lagi gagal..kadang-kadang diri terasa sangat rendah diri,luntur semangat..tapi apabila kita melihat semua ini dari sudut pandangan positif,mungkin ini adalah peluang..peluang untuk kita lebih,lebih mencari maklumat dan lebih mengorek ilmu itu sendiri..kerana mungkin apa yang buruk pada pandangan kita,sebenarnya baik untuk kita..ya, pandangan manusia itu terbatas dan pandangan Yang Maha Kuasa itu sangat luas..bersyukurlah..dan jangan berputua asa..akan ada,akan sentiasa ada rezeki dari ruang yang tak disangka-sangka..

apa yang perlu kita lakukan hanyalah yakin bahawa rezeki dan bahagia itu ada di mana-mana..mungkin cara pengagihannya berbeza..mungkin hari ini kita gagal dalam ujian kita dan kawan2 kita lulus..percayalah bahawa Allah tidak pernah lupakan kita..walau kita seorang sahaja yang gagal,percayalah rezeki kita ada..mungkin belum masanya untuk kita mendapatkannya..yang perlu kita lakukan hanyalah yakin dan percaya..dan jangan sesekali berputus asa..teruslah berjuang..nikmatilah perjalanan sepanjang jalan perjuangan itu..yang pastinya banyak pengajaran dan pelajaran yang akan kita perolehi sepanjang perjalanan itu..

pandanglah dunia dengan mata hati..pastinya hidup ini akan lebih bererti..jangan takut untuk gagal..