mercy

Saturday, November 27, 2010

salji..

salam..
salji dah turun....lepas aku call bestfren aku,tiba2 housemate aku jerit..aku ingat apa benda la..rupa2nya salji dah turun makin lebat..24.11 aritu pun turun,tapi xlebat macam ni..cantik sangat,,subhanallah..dan dia sejuk..

ni semua gambar dari tingkap rumah aku..


aku suka gambar ni sebab nampak salji tu turun..ad line2 putih tuuu..


rasa nak pegang..then aku pun pegang..rasa macam pegang ABC..


ok a..aku ada exam CNS..kena baca anatomy..hehe..
salam..


Sunday, November 21, 2010

HARI RAYA AIDILADHA DAN KERETA KUDA D KRAKOW

SALAM,,
hehe..slamat ari raya dan maap zahir batin aku ucapkan..hari ni aku ada dua cerita..cerita hari raya dan cerita kuda..ni kek raya ktaorang..aku,sin chian dan ain yang buat..boleh la tahan rasa dia..haha..first time la katakan masak kek kan.. tapi tak bole la nak lawan mak punya masakan kan..


mula2,aku sangat la sedih sebenarnya bila kena raya kat warsaw ni..hehe..aku ada buat entry masa aku sedih tu kan..haha..biasalah perempuan,bila emosi menguasai..aku fikir aku tak bole makan ketupat la..kena pegi kelas la time raya..kena exam sosiology la time raya..haha..padahal raya tu bukan pada ketupat pun kan..banyak lagi benda yang bole dibuat time raya..aku tak patut sedih pun kan..hehe..sebenarnya,ada jer ketupat pulut kat sini..disebabkan aku ni orang utara,aku suka makan ketupat pulut..aku tak suka makan ketupat nasi..nasib baik la ada jugak ketupat pulut kat sini..seronok aku dibuatnya..tapi sebenarnya ketupat ni datang dari ''brothers''(word yang digunakan untuk panggil senior lelaki kat sini)..sebab ktaorang ada open house jadi ada la ketupat ni..senior bagi..dalam pinggan tu la ketupat nyer..hehe..aku sorang jer yang melantak ketupat ni..haha..kawan2 aku ramai orang johor,jadi diaorang tak makan sangat ketupat pulut..diaorang makan soto..
ni gambar kawan2 aku sedang santap dengan lahapnya..haha..sedap2..aku ambik gamba pun dah xtengok..hehe..



baker2 terkemuka dari okopowa..haha..ni la geng yang buat kek tuuu..hehe..kena improve lagi ni kalau nak masuk pertandingan iron chef ni..hikhik..
okay..habis bab raya..sekarang bab naik kuda pulak..haha..aku ada cakap nak cerita pasal naik kuda kat Krakow ni kan..ni lah dia kereta kuda itu..hehe..macam kereta kuda dalam cerita barbie pulak..disebabkan impian aku adalah nak naik kuda kan..aku pun mintak la nak duduk kat sebelah pak cik yang bawak kuda tuu..nak dapat feel bawak kuda la konon2..haha..ngada2 betul hafisza ni..haha..


disebabkan aku duduk kat depan aku bole la ambik gamba dari depan..pak cik ni bawak ktaorang round keliling kawasan old town ni..seronok betul!!




muka excited..haha..padahal naik kuda jer..nak buat macam mana..ni salah satu impian hidup aku..jadi bila dah terlaksana ni..rasa macam seronok sangat..entah ape2 jer aku ni kan..

ni bila dah siap satu round pusing old town..hehe..kuda ni mesti penat bawak ktaorang..haha..trima kaseh pak cik dan kuda kerana menunaikan impian hafisza,,kalau ada kelapangan rasa macam nak naik lagi jer lain kali..dan sebenarnya sewa kereta kuda ni 100 zloty(sama mcm rm100 laa sebab currency lebih kurang je)..ktaorang naik 8 orang..jadi satu kepala bayar 12.5zloty je..berbaloi la kan..



sekian la dulu..aku ada test histo besok..doakan aku..till we meet again..salam..






Monday, November 15, 2010

hari raya aidiladha dan test sosiology

salam..

selamat hari raya..
nothing much to say..
it's a lie if i say i'm happy..
yes,i miss ketupat so much..
there's no ''hari raya'' without ketupat in my life..
and this is the first time..

xpenah skali pon dalam hidup raya tanpa family..
dan ini kali pertama..
xpenah sekali pon dalam hidup,,raya xcuti..
dan ini kali pertama hafisza ada kelas sehari suntuk masa raya..
stat 830 pg sampai 800malam..

dan ini jugak kali pertama hafisza exam masa hari raya..
kredit sosiology..
i'm trying hard to be strong..
tapi untuk kali ni,hafisza xcukup kuat..
mungkin sebab kali ni kali pertama..
mungkin lain kali hafisza xkan sedih lagi..

hafisza xnangis..
i'm a gud actress..
trying to smile when your heart is crying..
terrible but still..
that makes me stronger..

i have U,Allah..
i know it..
i need U now..

Friday, November 12, 2010

hari kemerdekaan poland dan krakow...

salam..

dua tiga hari ini aku macam ada sesuatu yang buat aku rasa tak berapa selesa..emosi macam tak stabil sikit..miss my dad..lagipun after sebulan lebih duduk kat warsaw ni,aku akhirnya selsema..so jadi rasa macam tak sedap badan..hehe..tapi rasanya macam dah ok kut sekarang ni..ubat dah makan..

ok,cerita aku kali ni pasal hari merdeka poland dan krakow..ni aku ambik gamba ni kat krakow la sebab sekarang ni pon aku memang duduk kat krakow..ok2,krakow tu ape?krakow ni salah satu state la kat poland ni..3 jam naik train from warsaw..krakow ni mendamaikan sikit sebab dia ni jauh dari kesibukan kota..ikut pandangan aku la kan..orang lain aku xtau..ni gamba kat tepi river yang aku ambik masa matahari nak terbenam..
ni gamba tuan punya blog la kan..haha..aku suka dia punya background..langit dan sungai tu buat aku rasa tenang..tapi angin dia aku xtahan..sejuk a kat sini..sebab tu aku tarik baju aku tu rapat2 sikit..sebab aku sejuk la tuuu..hehe..


ok,cerita pasal krakow ni aku akan sambung nanti.. sekarang ni aku nak cerita pasal hari kemerdekaan poland..poland punya history ni macam tragik sikit..sebab aku tak berapa tau dengan detail jadi aku xberani nak cerita sangat pasal sejarah dia..tapi cukup la aku bagitau tarikh kemerdekaan dia adalah 11 nov..jadi kami pon siap2 la awal pagi untuk ke old town(tempat sambutan kemerdekaan dijalankan)..then sampai la kami kat old town dalam pukul 8.30pagi...then masalah pon timbul...kami tak tau the exact place untuk sambutan tu..jadi kami pon merayap2 la awal2 tu..nak cari tempat la ni...


lepas tu kami jumpa abang2 gagah perkasa ni..jadi kami pon fikir diaorang ni mesti nak pergi tempat sambutan tu jugak..so ktaorang pon just follow la diaorang ni..haha..diaorang berhenti ktaorang pon berhenti..haha..macam lawak la plak,main ikut je askar2 ni..haha..lepas tu jumpa sorang abang polis ni..dia pon tanya ktaorang nak pergi mana sebenarnya,haha..mesti dia pelik tengok ktaorang follow askar ni..jadi abang polis tu la yang tolong tunjuk jalan yang betul..hehe,trima kasih ye abang polis..jasamu dikenang selalu..haha..


sampai la kami kat tempat berkenaan..ada kuda!!!!!!!apa lagi ambik gamba la...aku sebenar ada impian dalam hidup aku..aku nak naik kuda dan aku nak sangat tengok taj mahal..hehe..



lepas tu nampak la orang berkawat...smart sangat...


ni pon gamba orang berkawat jugak...sungguh patriotik..





dan part paling best,ktaorang dapat dengar bunyi meriam....kalau kat Malaysia ada bunga api,kat sini ada meriam!!!pergh mantap..gegar2 tanah..huish,takut jugak laaa..




setakat inilah cerita aku...aku akan tulis lagi pasal krakow nanti..ada something special akan berlaku esok..insyaAllah kalau Allah izin..
ok a..salam..