mercy

Saturday, January 28, 2012

suatu malam....

assalamualaikum..


alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..lama rasanya nak menulis apa yg terjadi di warsaw ni..ok,alhamdulillah sekarang saya tengah bercuti,sampai 12.2 insyaAllah..cuti akhir semester satu..dah nak masuk sem 2..warghhhh..hafisza dah makin tuaaa...^^v..age is just a number..is that true? yes,that number is just a number if u just sit and do nothing..




semalam saya pergi kelas tuisyen polish saya..nak dijadikan cerita housemate yang selalu ke kelas bersama saya pergi melancong,jadi saya pom kena laa pergi kelas sorang2..benda yang dah lama tak buat sejak duduk kat rumah baru yang ada ramai orang ni..kelas tu dari pukul 5-8 malam..and maghrib kat sini pukul 4.15 sekarang..and u know what,kalau dah maghrib tu pukul 4.15 maksud dia pukul 5 tu dah gelap..kelam dah semua..dan hafisza kena jalan sorang2..dalam gelap..tengah2 warsaw..


malam di warsaw,sunyi..


kalau tengah2 KL,rasanya rela hafisza skip kelas..tapi sebab tengah2 warsaw,niat nak skip kelas tu ada a jugak tapi sebab rasa sangat rugi kalau tak pergi kelas,and bila reflek balik kenapa hafisza nak sangat pergi kelas tu,buat hafisza menggagahkan jugak diri untuk pergi ke kelas..kelas tuisyen pom majlis ilmu apa,dan orang yang duduk dalam majlis ilmu ni Allah janji nak beri dia keampunan walaupun dia pergi saja2..n yes,kebergatungan pada Allah tu teruji..apa-apa pom bole jadi kan..


baking is not easy,but impossible is nothing,biiznillah..


masa on day way pergi kelas dalam pukul 4.15 macam tu masa tu masa orang balik kerja,jadi trem pom penuhlah dengan umat manusia,terkepitlah hafisza bersama-sama umat manusia itu menjadi sardin di dalam trem..terpenyet a kejap kat situ..tapi nak dijadikan cerita hafisza duk dekat dengan pintu trem..bole pulak kasut hafisza tu terlekat dekat pintu masa trem tu bukak pintu..alhamdulillah98,nasib baik kasut tu keras jugak,kalau tak,huhu,habis a kaki hafisza..


bersama akhawat czech..inspirasi..


masa dalam kelas polish,kami debate tajuk polska to kraj przyjazny dla cudzoziemcow..maksud dia,poland negara yang mesra kepada org asing,kami dapat yang penyokong tajuk,org yang akan menyokong tajuk a,tak pernah terlintas dalam pikiran hafisza yg satu hari hafisza akan berbahas ikut bahasa polish,dengan keterbatasan vocabulary,dicubanya juga untuk bercakap..dla mnie,pogoda jest latna..polska jest pora roku ale malezja nie jest pora roku..laaalaaalaaa..mengarut2 a agi..


kuningnya dia..


team bahas saya ada 3 orang termasuk saya,dua orang tu lelaki,diakhir perdebatan mereka pom bersalam sama sendiri dan nak bersalam a dengan hafisza,warghhhhh!!!!ratunku!!ratunku!!apa nak buat,dah lama jugak orang tak buat macam ni kat  hafisza..alhamdulillah,alhamdulillah berkat pertolongan dan hidayah Allah,hafisza letak tangan menyilang ke bahu dan tunduk sikit,mereka pom faham..kalau bukan kerana taufik dan hidayah Allah,honestly im not strong enough to do that..   


malam tu,hafisza pom balik ke rumah sorang2..hehe,nak dijadikan cerita masa balik tu hafisza jalan,mata tak yah kira a kan dah macam mata musang dah,tengok depan tengok belakang..tiba2 tengok nampak ada dua bayang2..bayang2 daripada lampu jalan..bayang2 kat belakang tu macam dekat sangat..macam orang tengah mengekori kita..huhu,apa agi berpusing a kepala hafisza 180 darjah..hehe..xde orang pom kat belakang..habis tu apa..pikir2 balik tu bayang hafisza sendiri la kut,yang daripada dua lampu jalan yang berbeza..hehe,penakut juga a saya ni rupanya..^^v


end the day with smile..alhamdulillah.. 

Tuesday, January 10, 2012

hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri TAPI....

ASSALAMUALAIKUM..


SELALU BERANGAN NAK FLYING FOX BETWEEN THIS TWO BLOCK..


alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..kebelakangan ni saya ada banyak benda yang kena buat..life is interesting because of Him,alhamdulillah..tapi kan atmosphere kat baitul solehah(nama rumah tempat sy duk sekarang ni),teardrops on my guitar..hehe..homesick mode..hehe..seriously sangat rindu dengan Malaysia tercinta..pelik bila fikir kenapa boleh homesick lagi teruk pada first year,padahal rasanya badai tahun ni tak seteruk last year lagi setakat ni,alhamdulillah..tapi kapalnya dah nampak macam retak menanti belah dan memerlukan servis segera..hehe..

tapi kan emotion is contagius,mungkin sebab hafisza yang dah memulakan mode homesick,hehe..habis satu rumah berjangkit..hehe..hari ni satu lagi saya sedar satu benda,air mata kami agak murah kebelakangan ni..selalu nampak housemate menangis,tapi kan ada orang cakap,kalau sedih tu nangis jer sebab orang yang nangis ni hati dia lembut,orang yang hatinya lembut ni dekat dengan Allah..hehe..women are complicated,sometimes they cry without reason..hehe..sebab terharu pom nangis,happy pom nangis,tengok orang nangis pom dia bole nangis sekali..perempuan..hehe..sungguh kadang2 xtau kenapa..air mata tu beri kelegaan,mungkin..^^v..

sebenarnya ada sesuatu yang nak saya cerita,satu hari tu saya tepon kawan dan cakap saya rasa lagi selamat duduk kat Poland berbanding Malaysia..pelik kan..

jadi saya pom terfikir kenapa saya bole cakap macam tu..mungkin sebab kami memang tak paham bahasa polish dan tak berapa tahu apa yang ditulis dalam surat khabar sini..tapi saya selalu jer ambik surat khabar yang free kat sini,at least tengok gambar pom jadilah..hehe..tapi gaya tengok surat khabar tu macam paham jer kan apa yang dia tulis..hehe..

tapi kan,satu lagi tu saya memang rasa selamat kat sini..pernah jer sekali tu saya makan kat satu kedai,ada la seorang abang polish makan kat meja sebelah..nak dijadikan cerita,abang ni bangun la dari tempat duduk dia untuk ke kaunter,mnambah order nampak gayanya..tapi there is one thing that im so impressed,abang tu tinggal jer dia punya handset atas meja..tinggal terang2 macam tu jer atas meja!!rasanya kalau kat Malaysia,apa yang akan jadi gamaknya..mungkin abang tu pom rasa selamat jer untuk letak macam tu jer handset dia..

lagipom,saya tak pernah dengar kes2 macam simbah asid kat sini..lagipom orang2nya sangat baik,lebih2 lagi kalau yang Islam,seriously mendengar orang bagi salam kat sini macam satu anugerah,sebab sikit sangat orang Islam kat sini..kalau nampak jer ada orang pakai tudung,selalunya insyaAllah akan ada salam yang keluar,despite language barrier,salam tu tak pernah gagal nak wat bibir ni tersenyum..tapi yang peliknya kat Malaysia yang sangat ramai orang Islam tak pernah pulak rasa macam yang rasa kat sini..mungkin memberi salam,lebih ramai orang yang mempraktikkannya kat sini berbanding Malaysia..even kalau ada student international lelaki muslim yang kita xkenal berselisih dengan kita perempuan yang bertudung ni,mereka akan bagi salam..

dan tak pernah pom terfikir,''ehh,mamat ni gatal ke bagi salam kat aku''..yang mana yang selalu berlaku kat Malaysia adalah dialog ni,"assalamualaikum,xjawab dosa,jawab sayang..''..untuk lelaki muslim kat Poland ni bagi salam,saya  sebagai seorang perempuan,bukan sedikit rasa hormat dan dihargai yang saya rasa..kerana saya rasa saya bukan perempuan murahan apabila teguran itu adalah salam,salam yang bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu..tingginya maksud salam itu,setinggi itulah juga rasa penghargaan yang datang ke hati ni..bukan hormat yang saya nak tekankan kat sini,tapi bagaimana hanya dengan salam yang ikhlas dan tulus,perasaan dan anggapan seseorang bole berubah..dan rasa selamat itu hadir dengan sendiri..



apabila kita menegakkan Islam dalam diri kita maka akan tertegaklah Islam di muka bumi..hehe,rasanya cukuplah kali ini..assalamualaikum..