mercy

Monday, January 31, 2011

praktikal nursing..

salam aku baru lepas makan malam ni sebenarnya,hehe..makan nasi dengan ayam kurma..desert aku,jogobella(sejenis yogurt,ad banyak perisa tapi suka yang peach dengan wisna)..addicted kut makan benda ni..dekat Malaysia,aku tak boleh pun nak makan yogurt..rasa nak muntah la and blablabla...sampai kat sini,sehari tak makan jogobella pun dah macam apa dah..pergi kelas polish mesti aku akan beli,breakfast a kira..dah kelas polish aku pukul 830 pagi lagi..jadi kalut sikit la..


sebenarnya,nak bercerita pasal nursing praktikal ni..ok,hafisza sekarang tengah cuti winter..lama la jugak,3 minggu tp tak balik Malaysia..huhu..sedih,homesick dah sikit2..ni la tempoh masa paling lama aku tak balik rumah kut..mana pernah aku tak balik rumah dalam masa 4 bulan..tapi takpe,aku tak kisah sebab ni apa yang aku nak dan pilih..jadi kena la sabar.. :)jadi aku decide untuk buat praktikal..ni gamba aku depan hospital tempat aku buat praktikal..



gambar ni aku ambil masa nak balik rumah..masa aku training,ada la sekali pani jolla(sebut dia yolla sama macam jogobella sebut dia yogobella) bagi aku inject vitamin C kat patient..fuh gigil kut..haha..aku nak cabut tube ubat dari tangan patient pun aku nervous..haha entah ape2 je aku ni kan..ada sekali tu aku cabut,darah dah keluar dah sebab aku lambat sikit..nampak nurse buat macam senang..bila kena buat sendiri,mula la cuak semacam..haih nak jadi doktor macam mana ni..adui..

tapi bila buat praktikal kat sini memang ada la sikit masalah komunikasi..nak buat macam mana polish aku tak mantap lagi..tapi aku tengah berusaha ni..chaiyok2!!!!!!!!tapi bagi aku ni semua pengalaman..kadang2 stress jugak la kan bila kita nak cakap orang tak paham,orang cakap kita pun tak faham..
nak dijadikan cerita,tadi kitaorang kena hantar patient buat pemeriksaan jantung..then nurse tu bagi la nota kat kawan aku,ain and the geng,suruh bawak patient pergi kat bilik 229 tingkat 2..kawan2 aku tak faham,so diorang bawak nota tu jer..patient tak bawak..bila dah sampai kat bilik pemeriksaan jantung tu,orang kat situ tanya la mana patient..then kawan2 ak pun blur..dalam masa yang sama,aku dan syikin ada kat tingkat atas lagi,tingkat 7,tempat kat mana kitaorang kena berkerja..then nurse tu bagi patient kat kitaorang..aku dengan syikin pun blur jugak la..nak bawak pergi mana pakcik ni..
------------------
nasib baik sebelum kawan2 aku turun nak bawak nota tu diaorang terserempak dengan kitaorang,so bila nurse tu bagi instruction panjang lebar dalam bahasa polish dan kitaorang pun dapat tangkap dua perkataan jer,"karta(kad),kolezanka(kawan)",dah boleh dah nak relate apa yang dia nak suruh buat..tapi masalahnya kitaorang tak tau diaorang pergi tingkat berapa..adui..then syikin pun phone la ain(pemegang nota)..nak jadi lagi dramatiknya,handset syikin habis bateri before sempat cik ain angkat tepon..hah sudah,apa nak buat..aku tak bawak handset..
------------------
then nasib baik aku ingat nombor tepon cik ain sebab nombor kitaorang beza satu nombor jer..syikin pun pergi mitak nak pinjam tepon dengan setiausaha kat jabatan ortolaryngo(jabatan tempat kitaorang buat praktikal ni la)..nasib baik ain angkat..then tau la nak kena bawak pak cik tu pergi mana..kesian pak cik tu kena tunggu lama kat depan lift..lift dah bukak tutup banyak kali dah depan dia..haha..mesti dia pun pening kenapa la dengan budak2 ni..pak cik tu dah sampai mengadu sejuk kat aku..maaf la pak cik..kami tak sengaja..aku rasa bersalah la jugak..


hehe..then aku pun balik la after tu..makcik ni baik..aku cakap la aku lapar kat dia..then dia pun bagi aku epal..baik kan mak cik ni..dia cuba jugak cakap bagi kitaorang faham..hehe..mak cik ni jaga tempat baju sejuk kitaorang..


ok a..harap faham la apa yang hafisza nak cerita ni kan..im not good in writing..
salam..

Monday, January 24, 2011

Hanya orang yang berjiwa besar yang mempunyai cita2 yang tidak difahami oleh insan biasa..


assalamualaikum..
teka trofi apa kat atas tu..trofi world cup!!!!!kenapa aku letak trofi tu?.emm sebenarnya aku baru sahaja start cuti winter break..22.1 sampai 14.2..lama kan..
then aku pun berfoya2 la..teka apa aku buat?.tengok movie!!!!^ ^movie apa hafisza tengok?hahah..barbie and the three musketeers..hehe..tiba2 rasa macam cikgu tanya soalan dekat budak pra sekolah..
ada something yang aku dapat dari cerita ni sebenarnya..jangan pandang serong pada cerita kartun..sebab pada aku kadang2 cerita kartun tu yang dapat sampaikan mesej lagi bagus dari drama2 yang penuh babak2 jatuh tergolek,masuk longkang,masuk gaung semua..haha,apa a aku mengarut ni..
ok2..sebenarnya cerita tu pasal seorang perempuan yang nak jadi pengawal diraja..yang jadi masalahnya tak ada seorang pun pengawal raja perempuan..jadi macam pelik la kan dia nak jadi pengawal raja..semua orang gelakkan dia bila dia kata dia nak jadi pengawal diraja..agak a jugak kan,dah la perempuan..nak jadi pengawal pulak tu..tapi aku suka dia punya skrip..through courage is persuing your dream even when everyone else said that is impossible..
kawan2,dulu aku punya impian yang aku rasa mustahil untuk aku capai..aku nak fly..tapi kadang2 aku rasa mustahil sebab aku buat A level dalam masa setahun..setahun yang cukup menguji mental dan fizikal aku..kadang2 uji kekuatan rohani aku..kebergantungan aku pada Allah..sungguh kadang2 aku lemah..kadang2 aku rasa aku tak mampu..tapi setahun tu jugak yang ajar aku jadi tabah..jadi kuat..jadi orang yang lagi sabar..jadi orang yang lebih faham erti kesusahan..
kawan2,aku nak pesan,kalau kita ada apa2 pun impian dalam hidup kita..walau sesusah mana pun ia..keep moving on..pegang impian tu..jangan sekali2 kita lepaskan dia..kuat!!!!jangan pernah berhenti berharap..jangan pernah berhenti berusaha..jangan pernah berhenti bergantung pada Allah..
just because you have your feet firmly on the ground doesn't mean you can't keep reaching for the sky..

Wednesday, January 5, 2011

masa

salam

dua tiga menjak ni aku banyak kerja nak kena buat,sampai aku lupa pada blog aku ni..maap la blog yer..hehe..sekarang dah 2011..umur aku pom nak masuk 20 tahun..frankly speaking aku rasa aku tua..haha..masa berlalu cepat kan..aku macam dah tak sedar aku dah hidup 2 dekad..lama dah aku tinggal sekolah menengah..dan lagi lama dah aku tinggal sekolah rendah..

tapi kadang-kadang aku fikir jugak..apa yang dah aku buat selama 20 tahun ni..apa yang pernah aku lalui selama 20 tahun ni..for being able to smile,to laugh,to cry,i'm thankful..untuk dapat nikmat yang sangat banyak dalam hidup aku,aku bersyukur..untuk diuji dengan macam2 dugaan selama 20 tahun ni,aku bersyukur..sebab ada sorang kawan aku cakap,sesiapa yang diuji tu,significant di mata Allah..

selalunya kalau tahun baru,semua orang akan ada azam..aku pom ada azam..hehe..aku ingat masa aku form 4,azam tahun baru aku adalah untuk mengurangkan tidur dalam kelas..haha..sebab masa aku f3 aku selalu saaaangat tidur dalam kelas..hish!!buruk betul perangai..haha..

tapi azam tahun baru aku kali ni simple,,tapi beri makna besar dalam hidup aku..wanna be someone new..mungkin aku jer yang akan faham maksud azam aku..hehe..ok a..aku ada kelas latin pagi ni nih..saja nak menulis sebab dah rindu sangat kat blog..


salam..