mercy

Monday, March 26, 2012

CINTAKU HANYA UNTUKMU....


Assalamualaikum...



Jam dinding di dalam dorm C2-1 itu menunjukkan pukul 3.30 pagi dan ahli dorm tersebut terpaksa dikejutkan.Mungkin pagi ini akan menjadi pagi yang paling buruk dalam hidup Julia..namun takdir mengatasi segalanya..manusia merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..julia dikejutkan dari tidurnya..

‘’ju,bangun!!cikgu Faridah cakap ada benda penting nak bagitau kau..’’tutur fatma lembut..

‘’weh!!awal lagi kut..apa benda yang cikgu nak cakap dengan aku pagi-pagi buta ni?’’

‘’kata cikgu,mak kau ada kat bawah,emergency katanya..kau kena balik harini.’’

Julia dengan malasnya menarik selimut dan cuba memahami setiap bait kata-kata fatma..sejenak terlintas di kepala,penting benarkah sehingga ibunya perlu menjemputnya seawal ini..bingkas Julia bangun..dilihat fatma sedang mengemas barang peribadinya..semua barangan peribadi Julia,fatma masukkan ke dalam beg Garfield..hairan,hanya itu yang dapat terlukis di mata Julia..tanpa berlengah Julia bersiap,cukup dengan memberus gigi dan mencuci muka,Julia turun menemui ibunya bersama beg Garfield..

‘’kita kena balik sekarang angah..’’

Makin timbul rasa kehairanan di hati Julia..ingin sekali dia bertanyakan ibunya,namun dilihat riak mendung di wajah ibunya,rasa ingin tahu yang kian mendera jiwa dibiarkan saja..Julia masih merenung ibunya..terlihat wajah ibu yang selalu ceria ini bagai menyembunyikan seribu  satu rasa..mata ibunya hening melihat jalan,memandu proton wira merah dengan penuh cermat..mata Julia masih tidak lepas pada setiap gerak laku ibunya..berita sedihkah yang bakal dia terima..mengapa abang,adik dan ayah tidak datang bersama?mengapa hanya ibu yang ada?mengapa ianya mesti seawal ini?getar hatinya tidak dapat dilindungi..sejuk tapak tangannya mengiringi..hatinya dipujuk sendiri..mungkin datuk di kampung memerlukan dia sekeluarga pulang menziarahi..mungkin asthmanya datang menyerang kembali..persoalan demi persoalan berlegar di minda Julia..

Namun getar hatinya bertambah laju apabila proton wira merah ini masuk ke perkarangan ruang kecemasan hospital raja perempuan zainab II,kota bharu..ketika kakinya melangkah ke ruang kecemasan..dilihatnya ramai orang di situ..

‘’Angah,Allah dah panggil ayah balik..ayah dah meninggal’’panahan kata ibu menusuk ke dalam hati Julia..

Terasa detik terhenti,terasa bagaikan mimpi,terasa dunia ini mati..kelu lidahnya dengan sesuatu yang tidak dijangka..kelam hatinya melihat dunia..

‘’mana ayah, mak?angah nak tengok ayah..angah nak tengok ayah,mak..’’rendah suara Julia berkata..

Deraian mutiara masih bertahan..selagi ayah belum ditatap,berita ini tidak akan pernah dipercayai Julia..

’’takkan secepat ini ayah mahu tinggalkan Julia..tak akan mungkin secepat ini ayah pergi membawa kenangan kami bersama..tak akan mungkin ayah akan memungkiri janjinya..ayah kata ayah nak datang lawat Julia hujung minggu ni..ayah tak mungkin pergi secepat ini..julia masih muda,abang masih muda..adik juga masih belum puas menagih kasih dan perhatian dari insan bernama ayah..julia masih mahu masak bersama-sama ayah..jangan tinggalkan Julia ayah..julia tak sanggup hidup tanpa ayah..’’hanya hati kecil Julia berbicara memujuk rasa..

Namun ternyata benar janjiNya..

Di mana pun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,kendatipun kamu berada dalam banteng yang tinggi dan kukuh..
An-nisa:78


Walau hatinya tidak mahu menerima,mata Julia tidak akan pernah dapat menipunya..walau cuba dinafikan sekuat jiwa,sesak nafasnya mengiakan..sekujur tubuh kaku dihadapannya itu ayahnya..sekujur tubuh di bawah lapisan kain putih itu ayahnya..sekujur tubuh dingin tanpa nadi dan nafas itu ayahnya..sungguh serangan jantung kali ini meragut nyawanya..



Deraian mutiara akhirnya terlerai jua..julia memeluk abangnya..sesak di dada tidak mampu ditahan lagi..empangan air matanya pecah jua pada jiwa yang hampir serupa..hanya pada abang yang pada Julia juga punya rasa yang sama mampu Julia lampiaskan air mata..sungguh hidupnya akan berubah..sungguh orang yang dipeluknya kini punya tanggungjawab besar..tanggungjawab jatuh pada abang tanpa kenal erti bersedia..haiqal merenung adiknya..hanya gosokan perlahan yang dapat diberikannya..haiqal tahu adiknya juga sepertinya..punya emosi yang sama..rasa kehilangan dalam sekelip mata..dia juga punya rasa yang sama..namun dia harus kuat untuk adik-adik dan ibunya..tambahan hanya dia seorang waris lelaki dalam keluarga..

        *            *            *

‘’julia,makan jom..aku tengok kau makan sikit jer dua tiga hari ni..’’pujuk fatma lembut..

‘’kau pergi dulu la fatma,aku takde selera..’’


Fatma duduk bersebelahan Julia yang sedang membuang pandangan ke arah halaman asrama..cuba menyelami rasa temannya yang masih dalam kesedihan..masih dalam rasa kehilangan..kerana fatma cukup tahu dan faham rasa itu..dia juga pernah ada rasa yang sama sewaktu ayahnya meninggal dulu akibat kemalangan jalan raya..

‘’fatma,kenapa Allah ambik ayah aku?dulu masa ayah kau meninggal apa yang kau buat, fatma?kenapa dulu aku tengok kau macam kuat jer?tabah..sabar..aku tak pernah tengok kau nangis sangat pun masa ayah kau meninggal..’’bertubi-tubi soalan yang menyesakkan rasa Julia keluarkan..

‘’julia,kau tau macam mana aku bole kuat..sebab aku start baca love letter lepas ayah aku meninggal..’’kata fatma sambil tersenyum..

‘’love letter’’ ternyata Julia pelik dengan jawapan fatma..

‘’emm..dalam tu ada tulis..janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita..dalam tu jugak ada cakap Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..dan ada juga cakap dengan mengingati Allah hati kita akn tenang..julia, kalau kau nak ubat hati kau yang sedih tu,kau kena kembalikan hati kau pada pemiliknya untuk diubati...’’

‘’macam mana aku nak kembalikan hati aku pada pemiliknya dia..’’

‘’kalau kau nak bercakap dengan Allah,kau sembahyang dan doa banyak-banyak..kalau kau nak Allah cakap ngan kau,kau bacalah love letter,baca Quran..dalam tu ada banyak ayat-ayat yang boleh bagi kau kekuatan..’’

Julia mengalih pandangan pada beg sandang fatma sambil cuba mencerna tiap patah-patah nasihat yang baru saja fatma berikan..dilihatnya fatma mencari sesuatu di dalam begnya..apabila dijumpai lantas dihulurkan pada Julia..

‘’nah,love letter untuk kau..siap dengan terjemahan..aku dah tandakan sekali ayat-ayat best kat kau..’’

                                                 *********

Julia menutup Quran dihadapannya..hari-hari kesedihannya kian hilang..hatinya semakin tenang..kini Julia sedar setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya..


Apakah manusia mengira bahwa mereka akn dibiarkan mengatakan,’’kami telah beriman’’  dan mereka tidak diuji?
Al-ankabut:2


AKU HANYA INGIN ENGKAU DI HATIKU YA ALLAH..KERANA AKU SANGAT MENDAMBA KASIH DAN CINTAMU..



1000PM..BAITUL SOLEHAH..
HAIQALHAFISZA
ALHAMDULILLAH..
CZAS LECZY RANY..

Saturday, March 17, 2012

17.3.1991..........

assalamualaikum.............





We must hurt in order to grow, fail in order to know, & lose in order to gain. Because some lessons in life, are best learnt through pain. 


selamat hari lahir!!!!!!

Friday, March 9, 2012

BLISKO MOJ SERCE,ZAWSZE..

ASSALAMUALAIKUM..

TUISYEN POLISH

 ALHAMDULILLAH..
Allah masih beri kita peluang untuk bernafas..masih bole bersyukur dengan apa yg ada..sebenarnya kan tadi masa on da way nak pergi kelas tuisyen polish,saya nak terlelap a kejap dalam trem..xtau le kenapa yang letih sgt harini,padahal harini bukan macam selalu,lab xde arini..tp lembik semacam je..hish..xtau a..then nak dijadikan cerita,hafisza pakai a contact lenses sbb memang berhajat nak ambik gamba dgn group polish ni..kelas ni dah nak abis..huhu..




jadi bila pakai contact ni kita memang akn rasa ad bnda dalam mata la kan..jadi bila nak pejam mata nak tidur kejap tu kan,tiba2 terfikir kalaulah kejap lagi bukak mata,mata ni dah xboleh nak melihat(nauzubillah),apa a agaknya yang akan jadi kat hafisza..xleh nak ambik gamba dah..xleh nak taip blog dah..xleh nak study dah..xleh nak tengok muka mak dah..huhu..within that 5 seconds,i think a lot..i dont know why..tapi kan lahir satu perasaan,mata ni satu anugerah besar yang Allah bagi,tak akan  terganti walau dengan emas sebesar bumi..huuhuu..serius rasa macam tak cukup lagi bersyukur untuk nikmat mata ni..


dan tiba2 ja jadi teringat,kalau kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bg,nanti Allah akn tarik balik nikmat tu..warghhhhh!!!!!takutnya kalau hilang nikmat Allah..tiba2 terfikir,kalaulah mata ni xde..warghhhhhh..tak dapat nak bayang..




they can make me smile..even masa cuci pinggan sorang2 ..macam org angau..and know what,im in love bcoz of them..i love them soooo much...


jadi,jom kita sama2 banyakkan sebut alhamdulillah dengan segala2nya yang kita telah dapat harini..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..senang je kan..^^v..