mercy

Friday, September 23, 2011

summer yang sangat bermakna..

assalamualaikum..
disebabkan hafisza tengah boring tak tahu nak buat apa kat KLIA ni..jadi hafisza rasa nak mengimbas balik kenangan summer tahun ni..hehe..summer yang bagi aku sangat bermakna..



7.7.2011
SMS Tengku Muhammad Faris Petra
selepas lebih kurang 3 hari aku jejak tanah melayu,aku pergi sekolah lama..tempat yang bukan sikit aku mengumpul kekuatan,memori dan segala2 yang indah dalam hidup aku..hehe..aku ada kena handle program untuk adik2 tingkatan 2..banyak kenangan melintas dalam kepala..hehe..kadang2 rasa nak gelak sorang2..tapi nanti apa pulak orang cakap..


26.7.2011
bukit cerakah..
masa ni ada program dengan geng2 poland..bbbaik punya!!!!aku dapat tahu maksud bacalah dengan nama tuhan yg menciptakan..penting rupanya tabiat memebaca ni..hehe..tapi THE HIGHLIGHT EVENT,got chance to skytrex..aktiviti ni bole dikatakan aktiviti yang ekstrem untuk orang yang sayang nyawa..hehe..kenapa aku cakap macam tu,ok2..aktiviti yang ada kat situ banyak macam flying fox,merentas titi,tali tarzan,merentas paip, dan merentas net semua..pokoknya aktiviti dia tu banyak melibatkan merentas2 la..dan banyak melibatkan pokok jugak..TAPI!!!!apa yang kami buat ni 17 meter dari aras bumi..perghhh..nak panjat pokok first untuk dapatkan ketinggian 17 meter tu pom aku dah berhenti separuh jalan..hehe..serius tercungap seh..dan semua alat keselamatan macam pulley ngan penyangkut semua  kita kena pasang sendiri kat atas tu..setelah diajar la kan..kalau tak aku pom takut nak naik..hehe..

dan untuk tengok kawan2 perempuan aku yang aku bole label perempuan melayu terakhir transform jadi ratu2 tarzan malaya,inilah saatnya..ahaks..hehe..

1.8.2011=1 ramadan 1432H
rumah di pulai chondong..
aku menjalani ibadah puasa sambil blaja kereta..11.8 alhamdulillah aku dapat lesen L..

bila aku blaja kereta kan,masa nak buat untuk naik bukit tu..macam2 jadi la..dengan kereta terundur la..gear yang sepatutnya masuk tapi xmasuk la..dan kadang2 aku confuse,aku naik kereta ke aku naik kuda..terlompat seh!!! xpandai nak imbang clutch ngan minyak lagi la katakan..hehe..pengalaman2..

23.8.2011
KLIA
aku terbang pulang ke warsaw di saat umat Islam yang lain sibuk nak buat kuih raya ngan ketupat kat malaysia..dengan hati yang penuh hiba dan lara,tanah melayu kutinggalkan..cewwah..tolonglah hafisza!!

30.8.2011=1 syawal 1432H
anatomicum,warsaw
berbekalkan semangat seorang pejuang..hakhak..medan pertempuran antara laksamana hafisza versus paper anatomy pun berjalan pada hari ini..sungguh aku tumpahkan segala dendam kesumat aku kat kertas tu..yer a,orang lain dah bole pergi sembahyang raya dan pergi beraya tapi aku still stuck dengan kertas tu..namun perjuangan tak sia2..hehe..aku dengan rasminya tamatkan first year medical student pada 1 syawal..hehe..


1.9.2011
F. CHOPIN AIRPORT,WARSAW
aku pulang kembali ke tanah air..hehe..tindakan ini aku kira tindakan yang agak menggila daripada seorang hafisza..dah a beli tiket last minute dan aku balik sorang2 buat kali pertama..tapi kan hidup jer aku sampai hari ni..xde la azab sangat rupanya balik sorang ni..setiap sesuatu mesti ada kali pertamanya kan..hehe..

then hari2 berikutnya aku lalui dengan tabah..hehe..still blaja memandu..hehe..

19.9.2011
litar memandu machang..
litar ni menjadi saksi betapa cuaknya aku nak test kereta..hehe..tapi kan aku ingatkan aku sorang, rupanya ramai lagi orang yang lagi cuak pada aku..mana taknya,bila aku masuk dalam kereta untuk test,kepala gear tu dah berpusing dan stereng kereta tu dah berpeluh-peluh dah..hehe..mesti orang yang before aku tu dah bermandi peluh dah sebelum dapat habiskan semua ujian tu..muahaha..

alhamdulillah98..aku lulus ujian kereta..rasa macam nak jerit bagi satu dunia tau!!!!!hehe..aku sangat a gembira.. 




23.9.2011
KLIA
arini!!!!!aku sekali lagi akan terbang untuk meninggalkan tanah air tercinta..hehe..pulang ke warsaw..yang pastinya bakal menjanjikan seribu satu cerita,seribu satu kenangan,seribu satu pengalaman..yang pastinya akan mendewasakan seorang hamba bernama hafisza..

QS 2:216 ...........boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..