setelah hampir sebulan aku tak menulis,hari ni aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu kat blog ni..jiwang sikit ayat pembukaan kali ni..I was a bit busy this month..sibuk dengan macam-macam hal..but i do think about my blog..apa yang aku nak tulis..yang akhirnya membawa kepada entri kali ni..suka aku nak mula dengan peribahasa ni,di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..I miss my country so much..tapi aku juga sangat seronok duduk kat sini..kenapa????sebab ada benda kat sini yang berbeza sedikit dari Malaysia..
1:musim(mesti la kan)
kalau sebut pasal musim,mesti semua orang tau yang negara2 eropah ni 4 musim kan..tapi bagi aku warsaw ni kadang-kadang dia punya cuaca boleh buat ibarat macam perempuan merajuk,susah nak jangka..kadang-kadang happy,kadang-kadang emosional..nampak hari ini macam dah masuk musim spring tapi tak bermakna esok tak salji..macam pagi ni..tiba-tiba jer salji turun..padahal hari ni dah 26.3..kalau ikut dah patut tukar musim dah..hehe..
bagi aku pengangkutan kat sini sangat efisien..kalau aku nak pergi kelas tu,insyaAllah dalam 15 min dah sampai..so bagi orang2 yang mempunyai masalah untuk bangun awal ke..kat sini tak menjadi masalah la..hehe..dan bagi orang yang suka ponteng kelas,kat sini tak boleh la nak bagi alasan,saya tertinggal bas la cikgu..hehe..time interval antara pengangkutan dia,kalau trem dan metro lebih kurang 3 minit jer..sangat cepat kan..kalau bas,dia ada jadual dia sendiri..so kita boleh tengok dia sampai pukul berapa dan selalunya dia sangat menepati masa..mantap kan..
ni bas(tak macam kat Malaysia,bas kat sini macam dua bas yang digabung..panjang kan)
cuba tengok apa yang menarik kat gambar di atas..haha,macam soalan dalam surat khabar pulak..ok2,ada sorang yang tengah baca something..tu adalah pemandangan yang biasa kat sini..mana2 pun akan nampak orang membaca..selalu sangat nampak..bagi aku lelaki2 kat sini nampak sangat laaaa machoooo bila diaorang baca buku..perempuan2 kat sini pun sama..dah la memang stok2 hidung terpacak kan,then baca buku pulak..perghh sangat laa nampak bergaya dan boleh buat orang-orang macam aku ni terpesona..hehe..sebab bagi aku macho seseorang lelaki tu bukan nampak pada muscle2 atau kegagahan fizikal tapi pada cara2 yang macam ni la..the way they treat women..maybe bagi lelaki Malaysia,tolong bukakkan pintu untuk perempuan tu satu benda yang tak patut dibuat pun,"diaorang pun ada tangan apa,bukak a sendiri"..tapi sebenarnya benda-benda kecik macam ni bole buat perempuan senyum sepanjang hari..haha..sebab rasa dihargai..
haaaaah..mesti korang pelik kenapa dengan pintu,apa yang beza..kat sini dia punya security pun aku bole tabik jugak la..kalau nak masuk sesebuah bangunan,kita kena ada kod tau..so macam sangatla susah bagi pencuri untuk mencuri or nak buat aktiviti pecah rumah..satu lagi kalu kat Malaysia,kita pusing kunci 360 darjah,pintu dah boleh bukak dah kan..tapi kat sini,kita kena pusing 2 kali,meaning 720 darjah baru pintu tu akan terbukak..mantap kan..hehe
bilik mandi dia tak macam kat Malaysia,kena mandi dalam tab..hehe..tak bole basahkan lantai toilet sebab dia takde lubang saliran kat lantai toilet macam kat malaysia..so kalau kita mandi bukan kat dalam tab tu air akan bertakung jer kat lantai bilik mandi tu..dan dia ada dua paip,satu paip air panas,satu lagi air sejuk..
QS 3:137 SUNGGUH TELAH BERLALU SEBELUM KAMU SUNAH-SUNAH (ALLAH),KERANA ITU BERJALANLAH KAMU KE (SEGENAPPENJURU)BUMI DAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG YANG MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL)
No comments:
Post a Comment