mercy

Saturday, July 28, 2012

(^^)v

assalamualaikum..

8 ramadan..

sometimes there're lot of things that wanna pull you backward..then u'll need to have a strong desire to stay..your own desire..you need to be strong,no matter what,life must go on..live happily for you yourself and for them..because at last we'll meet again right..dont let the spirit gone because it is not you..you're strong , brave and special..believe in it and u'll be just  like you.. (^^)v

kiedy jestem zmeczona, slucham moje serce.. primroses..

Tuesday, June 12, 2012

ringtone..

ASSALAMUALAIKUM..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Air pasang pagi surut pukul lima,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
pokok bunga jah tanam tepi kolam,
itik bertelur ayam menetas,
cik baba jatuh dalam parit,
cik aminah ketawa jerit-jerit,
naik kereta api singgah kuala lumpur,
nampak bini cantik g sengih bawah dapur..

heee..haha..lawak tak lagu tu..tu ringtone hafisza..dulu masa duduk kat kelantan dulu,saya duk satu kawasan perumahan yang ramai budak2..disebabkan masa tu tengah tunggu result A level dan hafisza free,ada la anak2 jiran yang nak datang belajar dengan hafisza..


lagipom masa tu mata pelajaran math dan sains dalam bahasa Inggeris..jadi,jadilah hafisza cikgu sementara untuk adik2 ni..ringtone tu ada salah sorang daripada adik2 ni yg nyanyikan utk hafisza,dan saya record..dan jadikan ianya sbgi ringtone..heee..

mereka ajar hafisza erti keikhlasan,kejujuran dan sabar..senyuman mereka beri ketenangan..hadiah dari mereka simbol keikhlasan..




haha..nak dijadikan cerita,harini saya exam immunology..subjek yang agak susah..buku yang kami guna ada banyak details..soalannya  pom sangat susah kalau exam untuk subjek ni..

sebelum masuk exam cikgu dah suruh silent phone..disebabkan saya sangatlah tak hiraukan handset,saya ingat saya tertinggal tepon kat rumah la kan..buat tak tau je la masa cikgu suruh silent phone..lagipun beg kena letak kat depan dewan exam..jadi malas nak check ada bawak phone ke tak..

jadi dalam dewan exam tu,mulalah kami mnjawab exam dengan khusyuknya..subhanallah soalan dia..Allah je a yang tau..hafisza kena fight kut buat soalan tu..dalam hati dah ''bertenang hafisza,bertenang..baca soalan elok2..ko bole buat..ko bole buat..''..cuak..soalan first pun dah  macam apa dah..really test my spirit..

tiba2...bunyi...

air pasang pagi surut pukul 5,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
--till the end of da ringtone..

''macam aku kenal je bunyi tu!!!! hafisza, ko punya phone!!!! alamak'' dalam hati.. tiba2 dengar satu dewan dah gelak..adui!!! nasib baik bahasa melayu punya ringtone..kalau tak lagi malu..anak2 mat saleh ni xpaham bahasa melayu..takpa2..haha..tapi dalam hati,duk kata, bagi a ringtone ni x berulang2 (sbb kalau alarm dia akn berulang,kalau mesej dia x berulang)..kalau tak gila dah hafisza dibuatnya dalam hall tu..then alhamdulillah sekali ja dia bunyi..

warghhhh..lega2..trganggu konsentrasi semua orang dalam dewan exam sebab ko hafisza..adui..lawak a..

then bila keluar dewan exam,kawan chinese hafisza tegur..''i ada dengar bunyi itik..itik..i tau tu mesti malaysian punya phone..'' adui hafisza ada jugak org paham melayu dalam hall tu..lupa ka..hakhak..

lain kali silent phone ya..haha..

immuno,u're so hard that i can forget to breathe..

till we meet again..assalamualaikum... :)

Friday, June 1, 2012

kalau kita tak mampu Allah tak akan uji..

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim..











kalau "mampu" tu hanya dikira guna timbangan harta,darjat,usia, jantina, bilangan,
takkan bilal jadi muazzin pertama Islam..takkan S.Ali b Abi Talib RA sanggup gantikan Rasulullah SAW  di tempat tidur baginda..takkan S.Asma Bt Abu Bakar RA yg mengandung tegar ke Gua Thur menghantar makanan dan takkan menang tentera Islam di Ghazwah Badar.. 

kerana mungkin yg baik itu kamu tidak suka..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak..

sabarlah hati..sabarlah..kuat..kuat..Allah tahu segala apa di hati kamu..susah kamu..senang kamu..sedih kamu..gembira kamu..HE'S always there..just ask..He will definitely b there for u..

special entry dedicated for ayah's besday..020612..
0011am 010612..baitulsolehah..

Tuesday, May 15, 2012

Hafisza,nak nombor karta pobytu!!! kes polis..

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim...


hehe..alhamdulillah..saya ada belajar banyak sangat benda kebelakangan ni..


ok,sebenarnya semenjak dua menjak ni,pasukan polis diraja poland ada buat lawatan rumah ke rumah untuk periksa karta pobytu..tak tau la ada bancian ke..ke memang nak check kami yang foreigner ni ke..xtau la..ni gamba karta pobytu..


bnda ni macam kad pengenalan sementara kat sini..apa yang hafisza suka sgt pasal bnda ni sebab ada nama mak dan ayah tersayang sekali...suka98!!!!


 nak dijadikan cerita,hari kad hafisza nak kena check,di dalam lecture hall biochem..hehe..polis datang umah untuk check..tapi hafisza pergi lecture..

tutttt..tutttt..(bunyi tepon)


hafisza,nak no karta pobytu..urgent!!! kes polis..


roomate kat umah hantar mesej..warghhhh..dah a masa tu lecture biochem dgn prof baranczyk kut!!! (prof ni ada aura yg bole buat semua org tarik nafas sebelum masuk kelas dia..serius seram..tapi dia sgt bagus)..kalau tak buat background reading sebelum masuk kelas memang menempah maut dengan rela a jawap dia..haha..

kalut la hafisza keluar lecture hall dengan tinggalkan phone tu dalam lecture hall..kes polis kan,apa agi,kalut a..lepas tu haa,nak bagi no karta pobytu mcm mna kalau dah xada phone nak tepon umah balik..aduiii..kalut hafisza kalut..ckin jugak la yg keluar hulur tepon kat hafisza..see dua orang dah keluar lecture hall sbb kes polis punya pasal..haha..lepas tepon umah dan bagi no karta pobytu,baru a tau polis saja datang umah nak check karta pobytu ja..ingatkan kes polis apa..fuhh lega kut..tak pasal2 adrenalin rush kejap..

and i have a very concrete reason to be nervous,sebab dulu senior kami kat sini pernah masuk mahkamah sebab akak tu dapat kiriman keropok yg ada gambar kura2 ke penyu dah kat depan plastik keropok..haha..then kena masuk mahkamah sebab polis kat sini ingat tu adalah kura2 kering..hahaha..seludup barang terlarang a kira..serius senior tu kena masuk mahkamah sebab kes tu..serius tak tipu,diaorang tak tau tu keropok je..nak tergelak jugak a masa tu,

keropok=kura2 kering---->mahkamah poland...lawak kut..

dan untuk pengetahuan,parcel kami yang dari malaysia memang akan dibuka dan diperiksa before sampai kat tuan punya badan.. 

then kami pun masuk kelas balik..then prof pom kata,so it's time for break now..

hafisza pom tengok ckin,ni mesti sebab kita keluar lecture hall la ni sebab tu prof bagi break..hehe..seingat hafisza kalau lecture prof,jarang orang keluar hall..haha..

selang dua,tiga hari lepas tu polis tu datang umah lagi..kali ni orang lain pulak yang kena check..alhamdulillah semua ada kat umah masa tu..akak polis tu pom baik sangat..first time borak ngan polis kat poland..

pengalaman kadang2 terlalu manis untuk dikenang dan kadang2 terlalu pahit untuk dilupakan..

doakan hafisza untuk biophysic esok!!!!!
assalamualaikum..

Sunday, May 13, 2012

keampunan..

bismillahirrahmannirrahim..
dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


dengan nama Tuhan yang jiwaku ditangan-Nya,aku mohon keampunan..


adakala diri ini terlalu hina,
sehingga aku masih kabur membezakan pahala dan dosa,
dan aku masih melakukan dosa..


sungguh aku rasa sangat bersalah,
rasa bersalah pada manusia yang padanya aku khilaf..
namun rasa bersalahku padaMu lebih aku sesali,
sungguh aku malu,Ya Rabb,
malu dengan apa yang aku lakukan padaMu,
sedangkan apa yang Kau berikan padaKu,
terlalu besar,terlalu agung,terlalu indah,
namun hati ini kerapkali lalai padaMu..
kerapkali leka untuk mengingatiMu..


guide me Ya Allah..
to the right path..
I dont want to be lost in the middle of my journey..
guide me..
guide me..
I know You know what is in my heart..
guide me..please, I'm begging You my Lord,guide me..






wahai Pemilik Hati,tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu..

Friday, May 4, 2012

HAIQALHAFISZA DAN H.O.L.L.A.N.D

ASSALAMUALAIKUM








H.O.L.L.A.N.D selalu orang kaitkan dgn ayat ni


"hope our love lasts and never dies'' 


tanpa mengetahui ayat ini hanya sesuai pada siapa..


dan suatu hari ada kawan bacakan tafsir,saya ingatkan ayat-ayat manis 
macam ni hanya ada dalam novel-novel cinta dan buku2 sewaktu dengannya atau pom mesej orang bercinta sahaja..rupa2nya,saya ada jumpa ayat ni...




DIALAH YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN DAN DIA MENGETAHUI SEGALA SESUATU...


benda pertama yg terlintas kat kepala..macam penah ku dengar aja ayat ini,tapi kat mana..oooo,lirik lagu!!!!!


then I realized,it was not song lyric..it is Quran verses..QS 57:3..
mantapkan..hehe..


ok harini sebenarnya nak cerita pasal amsterdam,holland..
saya ada pergi sana sebab cuti seminggu..






01.05.2012


kami sampai dalam pukul 8 pagi kat amsterdam..masa tu cuaca hujan lebat..dan saya selsema..dan bila orang selsema kena hujan,bersin xberhenti la jawab dia..hehe..tapi semangat nak jalan ni..


then kami buat keputusan nak pergi taman bunga dulu despite cuaca ni,dan alhamdulillah kami buat pilihan yang bijak..


first destination: keukenhof flowerfields..
subhanallah98!!! no other words can come out seriously..cantik sgt98!!!


tulip diaorang tanam mcm tanam padi..hehe..banyak sangat..






sangat la susah bila nak suruh angsa jadi model...


2nd destination:torture museum (haiqal abih bateri kat sini,huhu,n hafisza tertinggal charger kat krakow)

ad banyak alat yang digunakan untuk seksa orang masa zaman dulu..hish dahsyat kut..ter"torture'' jgak a bila masuk museum ni.. 


tengok gamba dalam frame tu macam mana diaa guna bnda ni..

then pergi I amsterdam..ngan museum plein..tempat ni macam area kawasan lapang yang sangat hijau..


02.05.2012
museum nemo..
ni bukan museum kartoon nemo ikan tu tau,ni sains museum..ada la pasal macam2 benda..dan satu benda menarik ada meteor dalam museum ni..penerangan tu kata that is the real one..tapi rasa lain jugak a masa pegang benda tu..rasa macam duk kat luar bumi..hehe..

lepas tu kami naik cruise..round bandar amsterdam ikut jalan air,seronok jugak..tenang sangat rasanya..

last pergi The Amsterdam Dungeon,ni macam rumah berhantu la kalau kat malaysia..tapi unik la rumah hantu ni sebab dia ada pelakon yang cerita sejarah tapi dalam bentuk yang ngeri..seronok a..rasa real jugak a..dan pelakon2 tu memang tip top sangat..macam pelakon teater..feel la penonton ni..

then kami naik cruise agi sampai la kena bertolak ke airport..hehe..


sampai sini dulu kut..maap blog sebab lama xmenulis..banyak edit gamba 2,3 hari ni..
till we meet again..take care..
holland,done!!hehe..alhamdulillah..

Monday, March 26, 2012

CINTAKU HANYA UNTUKMU....


Assalamualaikum...



Jam dinding di dalam dorm C2-1 itu menunjukkan pukul 3.30 pagi dan ahli dorm tersebut terpaksa dikejutkan.Mungkin pagi ini akan menjadi pagi yang paling buruk dalam hidup Julia..namun takdir mengatasi segalanya..manusia merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan..julia dikejutkan dari tidurnya..

‘’ju,bangun!!cikgu Faridah cakap ada benda penting nak bagitau kau..’’tutur fatma lembut..

‘’weh!!awal lagi kut..apa benda yang cikgu nak cakap dengan aku pagi-pagi buta ni?’’

‘’kata cikgu,mak kau ada kat bawah,emergency katanya..kau kena balik harini.’’

Julia dengan malasnya menarik selimut dan cuba memahami setiap bait kata-kata fatma..sejenak terlintas di kepala,penting benarkah sehingga ibunya perlu menjemputnya seawal ini..bingkas Julia bangun..dilihat fatma sedang mengemas barang peribadinya..semua barangan peribadi Julia,fatma masukkan ke dalam beg Garfield..hairan,hanya itu yang dapat terlukis di mata Julia..tanpa berlengah Julia bersiap,cukup dengan memberus gigi dan mencuci muka,Julia turun menemui ibunya bersama beg Garfield..

‘’kita kena balik sekarang angah..’’

Makin timbul rasa kehairanan di hati Julia..ingin sekali dia bertanyakan ibunya,namun dilihat riak mendung di wajah ibunya,rasa ingin tahu yang kian mendera jiwa dibiarkan saja..Julia masih merenung ibunya..terlihat wajah ibu yang selalu ceria ini bagai menyembunyikan seribu  satu rasa..mata ibunya hening melihat jalan,memandu proton wira merah dengan penuh cermat..mata Julia masih tidak lepas pada setiap gerak laku ibunya..berita sedihkah yang bakal dia terima..mengapa abang,adik dan ayah tidak datang bersama?mengapa hanya ibu yang ada?mengapa ianya mesti seawal ini?getar hatinya tidak dapat dilindungi..sejuk tapak tangannya mengiringi..hatinya dipujuk sendiri..mungkin datuk di kampung memerlukan dia sekeluarga pulang menziarahi..mungkin asthmanya datang menyerang kembali..persoalan demi persoalan berlegar di minda Julia..

Namun getar hatinya bertambah laju apabila proton wira merah ini masuk ke perkarangan ruang kecemasan hospital raja perempuan zainab II,kota bharu..ketika kakinya melangkah ke ruang kecemasan..dilihatnya ramai orang di situ..

‘’Angah,Allah dah panggil ayah balik..ayah dah meninggal’’panahan kata ibu menusuk ke dalam hati Julia..

Terasa detik terhenti,terasa bagaikan mimpi,terasa dunia ini mati..kelu lidahnya dengan sesuatu yang tidak dijangka..kelam hatinya melihat dunia..

‘’mana ayah, mak?angah nak tengok ayah..angah nak tengok ayah,mak..’’rendah suara Julia berkata..

Deraian mutiara masih bertahan..selagi ayah belum ditatap,berita ini tidak akan pernah dipercayai Julia..

’’takkan secepat ini ayah mahu tinggalkan Julia..tak akan mungkin secepat ini ayah pergi membawa kenangan kami bersama..tak akan mungkin ayah akan memungkiri janjinya..ayah kata ayah nak datang lawat Julia hujung minggu ni..ayah tak mungkin pergi secepat ini..julia masih muda,abang masih muda..adik juga masih belum puas menagih kasih dan perhatian dari insan bernama ayah..julia masih mahu masak bersama-sama ayah..jangan tinggalkan Julia ayah..julia tak sanggup hidup tanpa ayah..’’hanya hati kecil Julia berbicara memujuk rasa..

Namun ternyata benar janjiNya..

Di mana pun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,kendatipun kamu berada dalam banteng yang tinggi dan kukuh..
An-nisa:78


Walau hatinya tidak mahu menerima,mata Julia tidak akan pernah dapat menipunya..walau cuba dinafikan sekuat jiwa,sesak nafasnya mengiakan..sekujur tubuh kaku dihadapannya itu ayahnya..sekujur tubuh di bawah lapisan kain putih itu ayahnya..sekujur tubuh dingin tanpa nadi dan nafas itu ayahnya..sungguh serangan jantung kali ini meragut nyawanya..



Deraian mutiara akhirnya terlerai jua..julia memeluk abangnya..sesak di dada tidak mampu ditahan lagi..empangan air matanya pecah jua pada jiwa yang hampir serupa..hanya pada abang yang pada Julia juga punya rasa yang sama mampu Julia lampiaskan air mata..sungguh hidupnya akan berubah..sungguh orang yang dipeluknya kini punya tanggungjawab besar..tanggungjawab jatuh pada abang tanpa kenal erti bersedia..haiqal merenung adiknya..hanya gosokan perlahan yang dapat diberikannya..haiqal tahu adiknya juga sepertinya..punya emosi yang sama..rasa kehilangan dalam sekelip mata..dia juga punya rasa yang sama..namun dia harus kuat untuk adik-adik dan ibunya..tambahan hanya dia seorang waris lelaki dalam keluarga..

        *            *            *

‘’julia,makan jom..aku tengok kau makan sikit jer dua tiga hari ni..’’pujuk fatma lembut..

‘’kau pergi dulu la fatma,aku takde selera..’’


Fatma duduk bersebelahan Julia yang sedang membuang pandangan ke arah halaman asrama..cuba menyelami rasa temannya yang masih dalam kesedihan..masih dalam rasa kehilangan..kerana fatma cukup tahu dan faham rasa itu..dia juga pernah ada rasa yang sama sewaktu ayahnya meninggal dulu akibat kemalangan jalan raya..

‘’fatma,kenapa Allah ambik ayah aku?dulu masa ayah kau meninggal apa yang kau buat, fatma?kenapa dulu aku tengok kau macam kuat jer?tabah..sabar..aku tak pernah tengok kau nangis sangat pun masa ayah kau meninggal..’’bertubi-tubi soalan yang menyesakkan rasa Julia keluarkan..

‘’julia,kau tau macam mana aku bole kuat..sebab aku start baca love letter lepas ayah aku meninggal..’’kata fatma sambil tersenyum..

‘’love letter’’ ternyata Julia pelik dengan jawapan fatma..

‘’emm..dalam tu ada tulis..janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita..dalam tu jugak ada cakap Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..dan ada juga cakap dengan mengingati Allah hati kita akn tenang..julia, kalau kau nak ubat hati kau yang sedih tu,kau kena kembalikan hati kau pada pemiliknya untuk diubati...’’

‘’macam mana aku nak kembalikan hati aku pada pemiliknya dia..’’

‘’kalau kau nak bercakap dengan Allah,kau sembahyang dan doa banyak-banyak..kalau kau nak Allah cakap ngan kau,kau bacalah love letter,baca Quran..dalam tu ada banyak ayat-ayat yang boleh bagi kau kekuatan..’’

Julia mengalih pandangan pada beg sandang fatma sambil cuba mencerna tiap patah-patah nasihat yang baru saja fatma berikan..dilihatnya fatma mencari sesuatu di dalam begnya..apabila dijumpai lantas dihulurkan pada Julia..

‘’nah,love letter untuk kau..siap dengan terjemahan..aku dah tandakan sekali ayat-ayat best kat kau..’’

                                                 *********

Julia menutup Quran dihadapannya..hari-hari kesedihannya kian hilang..hatinya semakin tenang..kini Julia sedar setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya..


Apakah manusia mengira bahwa mereka akn dibiarkan mengatakan,’’kami telah beriman’’  dan mereka tidak diuji?
Al-ankabut:2


AKU HANYA INGIN ENGKAU DI HATIKU YA ALLAH..KERANA AKU SANGAT MENDAMBA KASIH DAN CINTAMU..



1000PM..BAITUL SOLEHAH..
HAIQALHAFISZA
ALHAMDULILLAH..
CZAS LECZY RANY..