bismillahirrahmannirrahim..
dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dengan nama Tuhan yang jiwaku ditangan-Nya,aku mohon keampunan..
adakala diri ini terlalu hina,
sehingga aku masih kabur membezakan pahala dan dosa,
dan aku masih melakukan dosa..
sungguh aku rasa sangat bersalah,
rasa bersalah pada manusia yang padanya aku khilaf..
namun rasa bersalahku padaMu lebih aku sesali,
sungguh aku malu,Ya Rabb,
malu dengan apa yang aku lakukan padaMu,
sedangkan apa yang Kau berikan padaKu,
terlalu besar,terlalu agung,terlalu indah,
namun hati ini kerapkali lalai padaMu..
kerapkali leka untuk mengingatiMu..
guide me Ya Allah..
to the right path..
I dont want to be lost in the middle of my journey..
guide me..
guide me..
I know You know what is in my heart..
guide me..please, I'm begging You my Lord,guide me..
wahai Pemilik Hati,tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu..
Sunday, May 13, 2012
Friday, May 4, 2012
HAIQALHAFISZA DAN H.O.L.L.A.N.D
ASSALAMUALAIKUM
H.O.L.L.A.N.D selalu orang kaitkan dgn ayat ni
"hope our love lasts and never dies''
tanpa mengetahui ayat ini hanya sesuai pada siapa..
dan suatu hari ada kawan bacakan tafsir,saya ingatkan ayat-ayat manis
macam ni hanya ada dalam novel-novel cinta dan buku2 sewaktu dengannya atau pom mesej orang bercinta sahaja..rupa2nya,saya ada jumpa ayat ni...
DIALAH YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN DAN DIA MENGETAHUI SEGALA SESUATU...
benda pertama yg terlintas kat kepala..macam penah ku dengar aja ayat ini,tapi kat mana..oooo,lirik lagu!!!!!
then I realized,it was not song lyric..it is Quran verses..QS 57:3..
mantapkan..hehe..
ok harini sebenarnya nak cerita pasal amsterdam,holland..
saya ada pergi sana sebab cuti seminggu..
01.05.2012
kami sampai dalam pukul 8 pagi kat amsterdam..masa tu cuaca hujan lebat..dan saya selsema..dan bila orang selsema kena hujan,bersin xberhenti la jawab dia..hehe..tapi semangat nak jalan ni..
then kami buat keputusan nak pergi taman bunga dulu despite cuaca ni,dan alhamdulillah kami buat pilihan yang bijak..
first destination: keukenhof flowerfields..
subhanallah98!!! no other words can come out seriously..cantik sgt98!!!
tulip diaorang tanam mcm tanam padi..hehe..banyak sangat..
H.O.L.L.A.N.D selalu orang kaitkan dgn ayat ni
"hope our love lasts and never dies''
tanpa mengetahui ayat ini hanya sesuai pada siapa..
dan suatu hari ada kawan bacakan tafsir,saya ingatkan ayat-ayat manis
macam ni hanya ada dalam novel-novel cinta dan buku2 sewaktu dengannya atau pom mesej orang bercinta sahaja..rupa2nya,saya ada jumpa ayat ni...
DIALAH YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN DAN DIA MENGETAHUI SEGALA SESUATU...
benda pertama yg terlintas kat kepala..macam penah ku dengar aja ayat ini,tapi kat mana..oooo,lirik lagu!!!!!
then I realized,it was not song lyric..it is Quran verses..QS 57:3..
mantapkan..hehe..
ok harini sebenarnya nak cerita pasal amsterdam,holland..
saya ada pergi sana sebab cuti seminggu..
01.05.2012
kami sampai dalam pukul 8 pagi kat amsterdam..masa tu cuaca hujan lebat..dan saya selsema..dan bila orang selsema kena hujan,bersin xberhenti la jawab dia..hehe..tapi semangat nak jalan ni..
then kami buat keputusan nak pergi taman bunga dulu despite cuaca ni,dan alhamdulillah kami buat pilihan yang bijak..
first destination: keukenhof flowerfields..
subhanallah98!!! no other words can come out seriously..cantik sgt98!!!
tulip diaorang tanam mcm tanam padi..hehe..banyak sangat..
Monday, March 26, 2012
CINTAKU HANYA UNTUKMU....
Assalamualaikum...
Jam dinding di dalam dorm C2-1 itu menunjukkan pukul 3.30 pagi
dan ahli dorm tersebut terpaksa dikejutkan.Mungkin pagi ini akan menjadi pagi
yang paling buruk dalam hidup Julia..namun takdir mengatasi segalanya..manusia
merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik
perancangan..julia dikejutkan dari tidurnya..
‘’ju,bangun!!cikgu Faridah cakap ada benda penting nak bagitau
kau..’’tutur fatma lembut..
‘’weh!!awal lagi kut..apa benda yang cikgu nak cakap dengan
aku pagi-pagi buta ni?’’
‘’kata cikgu,mak kau ada kat bawah,emergency katanya..kau kena
balik harini.’’
Julia dengan malasnya menarik selimut dan cuba memahami setiap
bait kata-kata fatma..sejenak terlintas di kepala,penting benarkah sehingga
ibunya perlu menjemputnya seawal ini..bingkas Julia bangun..dilihat fatma
sedang mengemas barang peribadinya..semua barangan peribadi Julia,fatma
masukkan ke dalam beg Garfield..hairan,hanya itu yang dapat terlukis di mata
Julia..tanpa berlengah Julia bersiap,cukup dengan memberus gigi dan mencuci
muka,Julia turun menemui ibunya bersama beg Garfield..
‘’kita kena balik sekarang angah..’’
Makin timbul rasa kehairanan di hati Julia..ingin sekali dia
bertanyakan ibunya,namun dilihat riak mendung di wajah ibunya,rasa ingin tahu
yang kian mendera jiwa dibiarkan saja..Julia masih merenung ibunya..terlihat
wajah ibu yang selalu ceria ini bagai menyembunyikan seribu satu rasa..mata ibunya hening melihat
jalan,memandu proton wira merah dengan penuh cermat..mata Julia masih tidak
lepas pada setiap gerak laku ibunya..berita sedihkah yang bakal dia
terima..mengapa abang,adik dan ayah tidak datang bersama?mengapa hanya ibu yang
ada?mengapa ianya mesti seawal ini?getar hatinya tidak dapat dilindungi..sejuk
tapak tangannya mengiringi..hatinya dipujuk sendiri..mungkin datuk di kampung
memerlukan dia sekeluarga pulang menziarahi..mungkin asthmanya datang menyerang
kembali..persoalan demi persoalan berlegar di minda Julia..
Namun getar hatinya bertambah laju apabila proton wira merah
ini masuk ke perkarangan ruang kecemasan hospital raja perempuan zainab II,kota
bharu..ketika kakinya melangkah ke ruang kecemasan..dilihatnya ramai orang di
situ..
‘’Angah,Allah dah panggil ayah balik..ayah dah
meninggal’’panahan kata ibu menusuk ke dalam hati Julia..
Terasa detik terhenti,terasa bagaikan mimpi,terasa dunia ini
mati..kelu lidahnya dengan sesuatu yang tidak dijangka..kelam hatinya melihat
dunia..
‘’mana ayah, mak?angah nak tengok ayah..angah nak tengok
ayah,mak..’’rendah suara Julia berkata..
Deraian mutiara masih bertahan..selagi ayah belum
ditatap,berita ini tidak akan pernah dipercayai Julia..
’’takkan secepat ini ayah mahu tinggalkan Julia..tak akan
mungkin secepat ini ayah pergi membawa kenangan kami bersama..tak akan mungkin
ayah akan memungkiri janjinya..ayah kata ayah nak datang lawat Julia hujung
minggu ni..ayah tak mungkin pergi secepat ini..julia masih muda,abang masih
muda..adik juga masih belum puas menagih kasih dan perhatian dari insan bernama
ayah..julia masih mahu masak bersama-sama ayah..jangan tinggalkan Julia
ayah..julia tak sanggup hidup tanpa ayah..’’hanya hati kecil Julia berbicara
memujuk rasa..
Namun ternyata benar janjiNya..
Di mana
pun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,kendatipun kamu berada dalam
banteng yang tinggi dan kukuh..
An-nisa:78
Walau hatinya tidak mahu menerima,mata Julia tidak akan pernah
dapat menipunya..walau cuba dinafikan sekuat jiwa,sesak nafasnya mengiakan..sekujur
tubuh kaku dihadapannya itu ayahnya..sekujur tubuh di bawah lapisan kain putih
itu ayahnya..sekujur tubuh dingin tanpa nadi dan nafas itu ayahnya..sungguh
serangan jantung kali ini meragut nyawanya..
Deraian mutiara akhirnya terlerai jua..julia memeluk
abangnya..sesak di dada tidak mampu ditahan lagi..empangan air matanya pecah
jua pada jiwa yang hampir serupa..hanya pada abang yang pada Julia juga punya
rasa yang sama mampu Julia lampiaskan air mata..sungguh hidupnya akan
berubah..sungguh orang yang dipeluknya kini punya tanggungjawab
besar..tanggungjawab jatuh pada abang tanpa kenal erti bersedia..haiqal
merenung adiknya..hanya gosokan perlahan yang dapat diberikannya..haiqal tahu
adiknya juga sepertinya..punya emosi yang sama..rasa kehilangan dalam sekelip
mata..dia juga punya rasa yang sama..namun dia harus kuat untuk adik-adik dan
ibunya..tambahan hanya dia seorang waris lelaki dalam keluarga..
* * *
‘’julia,makan jom..aku tengok kau
makan sikit jer dua tiga hari ni..’’pujuk fatma lembut..
‘’kau pergi dulu la fatma,aku
takde selera..’’
Fatma duduk bersebelahan Julia
yang sedang membuang pandangan ke arah halaman asrama..cuba menyelami rasa
temannya yang masih dalam kesedihan..masih dalam rasa kehilangan..kerana fatma
cukup tahu dan faham rasa itu..dia juga pernah ada rasa yang sama sewaktu
ayahnya meninggal dulu akibat kemalangan jalan raya..
‘’fatma,kenapa Allah ambik ayah
aku?dulu masa ayah kau meninggal apa yang kau buat, fatma?kenapa dulu aku
tengok kau macam kuat jer?tabah..sabar..aku tak pernah tengok kau nangis sangat
pun masa ayah kau meninggal..’’bertubi-tubi soalan yang menyesakkan rasa Julia
keluarkan..
‘’julia,kau tau macam mana aku
bole kuat..sebab aku start baca love letter lepas ayah aku meninggal..’’kata
fatma sambil tersenyum..
‘’love letter’’ ternyata Julia
pelik dengan jawapan fatma..
‘’emm..dalam tu ada
tulis..janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita..dalam tu jugak ada cakap
Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..dan
ada juga cakap dengan mengingati Allah hati kita akn tenang..julia, kalau kau
nak ubat hati kau yang sedih tu,kau kena kembalikan hati kau pada pemiliknya
untuk diubati...’’
‘’macam mana aku nak kembalikan
hati aku pada pemiliknya dia..’’
‘’kalau kau nak bercakap dengan
Allah,kau sembahyang dan doa banyak-banyak..kalau kau nak Allah cakap ngan kau,kau
bacalah love letter,baca Quran..dalam tu ada banyak ayat-ayat yang boleh bagi
kau kekuatan..’’
Julia mengalih pandangan pada beg
sandang fatma sambil cuba mencerna tiap patah-patah nasihat yang baru saja
fatma berikan..dilihatnya fatma mencari sesuatu di dalam begnya..apabila
dijumpai lantas dihulurkan pada Julia..
‘’nah,love letter untuk kau..siap
dengan terjemahan..aku dah tandakan sekali ayat-ayat best kat kau..’’
*********
Julia menutup Quran
dihadapannya..hari-hari kesedihannya kian hilang..hatinya semakin tenang..kini
Julia sedar setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya..
Apakah
manusia mengira bahwa mereka akn dibiarkan mengatakan,’’kami telah beriman’’ dan mereka tidak diuji?
Al-ankabut:2
AKU HANYA INGIN ENGKAU DI HATIKU YA ALLAH..KERANA AKU SANGAT MENDAMBA KASIH DAN CINTAMU..
1000PM..BAITUL SOLEHAH..
HAIQALHAFISZA
ALHAMDULILLAH..
CZAS LECZY RANY..
Saturday, March 17, 2012
17.3.1991..........
assalamualaikum.............
selamat hari lahir!!!!!!
Friday, March 9, 2012
BLISKO MOJ SERCE,ZAWSZE..
ASSALAMUALAIKUM..
| TUISYEN POLISH |
Allah masih beri kita peluang untuk bernafas..masih bole bersyukur dengan apa yg ada..sebenarnya kan tadi masa on da way nak pergi kelas tuisyen polish,saya nak terlelap a kejap dalam trem..xtau le kenapa yang letih sgt harini,padahal harini bukan macam selalu,lab xde arini..tp lembik semacam je..hish..xtau a..then nak dijadikan cerita,hafisza pakai a contact lenses sbb memang berhajat nak ambik gamba dgn group polish ni..kelas ni dah nak abis..huhu..
jadi bila pakai contact ni kita memang akn rasa ad bnda dalam mata la kan..jadi bila nak pejam mata nak tidur kejap tu kan,tiba2 terfikir kalaulah kejap lagi bukak mata,mata ni dah xboleh nak melihat(nauzubillah),apa a agaknya yang akan jadi kat hafisza..xleh nak ambik gamba dah..xleh nak taip blog dah..xleh nak study dah..xleh nak tengok muka mak dah..huhu..within that 5 seconds,i think a lot..i dont know why..tapi kan lahir satu perasaan,mata ni satu anugerah besar yang Allah bagi,tak akan terganti walau dengan emas sebesar bumi..huuhuu..serius rasa macam tak cukup lagi bersyukur untuk nikmat mata ni..
dan tiba2 ja jadi teringat,kalau kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bg,nanti Allah akn tarik balik nikmat tu..warghhhhh!!!!!takutnya kalau hilang nikmat Allah..tiba2 terfikir,kalaulah mata ni xde..warghhhhhh..tak dapat nak bayang..
| they can make me smile..even masa cuci pinggan sorang2 ..macam org angau..and know what,im in love bcoz of them..i love them soooo much... |
jadi,jom kita sama2 banyakkan sebut alhamdulillah dengan segala2nya yang kita telah dapat harini..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..senang je kan..^^v..
Saturday, February 25, 2012
HADIAH HARI LAHIR UNTUK KAMU..
ASSALAMUALAIKUM..
INI ADALAH HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN SEORANG INSAN YG SANGAT BESAR JASANYA DALAM HIDUP SAYA..INSAN YANG AKAN SELAMA-LAMANYA BERADA DALAM INGATAN SAYA..
DAN SEBAB HARI LAHIR DIA DAH NAK DEKAT, 7 MAC..AND I HAVE WORK TO DO ON THAT WEEK..WAHAI SAHABAT NI HADIAH AKU UTK KAMU..
MOGA APA YG KAMU TANYA AKU NI,AKN JADI MANFAAT PADA ORG LAIN JUGA,INSYAALLAH..TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA..
ALHAMDULILLAH98..
HAIQALHAFISZA
24022012
0856 JUMAAT..
BAITULSOLEHAH..
Friday, February 10, 2012
satu hari dalam sejarah..ingatan selamanya..
assalamualaikum..
dengan nama Allah yang sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong...
astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah..
hari ini saya nak cerita serba sedikit pasal kelas intensif polish..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah,kelas ni banyak mengajar saya tentang bahasa polish..dan serius!!! mematangkan hafisza dari segi kehidupan..nak tau kenapa..^^v..
kelas ni sebenarnya terdiri daripada orang-orang yang dah berumur sedikit..dalam lingkungan 20 ke 40-an..groupmate yang paling muda namanya Susan dan Luda..dua-dua masih belajar..
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dari khamar (arak) sebab ia induk dari dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."
dengan nama Allah yang sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong...
astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah..
hari ini saya nak cerita serba sedikit pasal kelas intensif polish..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah,kelas ni banyak mengajar saya tentang bahasa polish..dan serius!!! mematangkan hafisza dari segi kehidupan..nak tau kenapa..^^v..
| national stadium...EURO 2012... |
kelas ni sebenarnya terdiri daripada orang-orang yang dah berumur sedikit..dalam lingkungan 20 ke 40-an..groupmate yang paling muda namanya Susan dan Luda..dua-dua masih belajar..
Yoko..mak cik dari Jepun yang berkahwin dengan warga Poland..kali pertama jumpa serius tergamam bila dengar shikin cakap Melayu dengan dia!!!!tiba-tiba jer shikin ni cakap melayu dengan orang Jepun,ngigau ke apa ke?rupa-rupanya mak cik Yoko pernah duduk kat Indonesia..dia jumpa husband dia pun kat sana kalau xsilap..perghh mantapkan..nampak sangat bahasa melayu ni senang sebab dah banyak kali jumpa mat saleh yang boleh cakap melayu..masa kat france pun sama..tapi kebanyakannya bahasa melayu indonesia..
Hiran,Benjamin,Juan dan Gerald semua dah kerja..yang paling mantap Gerald,dia ni angkasawan!!!xpernah juga terbayang dalam fikiran hafisza yang satu hari nanti akan ada groupmate angkasawan..serius hafisza sangat kagum dengan pak cik ni..selalunya kalau nak tanya pasal prognoza pogada(ramalan cuaca),bole tanya pak cik ni..
tapi hari ni punya cerita akan jadi pengalaman..akan jadi ingatan..hari ni satu hari dalam sejarah bagi hafisza..for the first time in my life,someone invites me to drink alcohol!!!!sebab ada satu kedai ni yang baru buka mungkin,yang buat promosi satu gelas pertama arak tu free..jadi sorang groupmate ni ajaklaa orang-orang dalam group ni untuk pergi.. this is not cool..not cool at all..and not something to be proud of..and not something to laugh at..cuma nukilan ini ingin saya jadikan satu peringatan,satu ingatan untuk hamba yang banyak berdosa,hamba yang hina ni..
| PALAC KULTURY..PURPLE.. |
pertanyaan yang dimulakan dengan bahasa polish..
encik 1:czy idziesz do wina? (lebih kurang a pertanyaan ni,maksudnya adakah awak akan pergi minum arak?)
(padahalkan cikgu dah bagitau kitaorang tak minum arak,hish!!)
hafisza:nie!!nie!!(tak!!!..)
alhamdulillah98!!!nasib baik tangkap benda dia nak cakap..
cik 2:nie idziesz?nie pijesz wino?
(awak tak pergi?awak tak minum arak?)
hafisza:nigdy!!!! nie!!!(never!!! tak!!!)
astagfirullah98!!!timbul rasa dalam hati,different feeling..adakah aku masih belum cukup membawa imej Islam ya Allah sampaikan Kau izinkan seorang manusia bertanyakan padaku tentang sesuatu yang ternyata haram disisiMu,kepala segala kejahatan..atau Kau mahu mereka tau melalui aku,kerana aku lemah ya Allah..aku tak mampu memberitahu mereka mengapa..astagfirullah..serius rasa lain..
I want the whole world to know..I am a Muslim,and because of Allah,i don't drink alcohol!!!!biiznillah!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)












