| QS 67:16 SUDAH MERASA AMANKAH KAMU,BAHWA DIA YANG DI LANGIT TIDAK AKAN MEMBUAT KAMU DITELAN BUMI KETIKA TIBA2 IA TERGONCANG? |
Sunday, August 28, 2011
langit RAMADAN..
Friday, August 26, 2011
harapan dan ketakutan..
| HAIQAL'S 1ST SHOOT HERE.. |
QS 30:24 DAN DI ANTARA TANDA-TANDA(KEBESARANNYA), DIA MEMPERLIHATKAN KILAT KEPADAMU UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN HARAPAN,DAN DIA MENURUNKAN AIR HUJAN DARI LANGIT,LALU DENGAN AIR ITU DIHIDUPKAN BUMI YANG SETELAH MATI (KERING)..SUNGGUH ,PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR2 TERDAPAT TANDA BAGI KAUM YANG MENGERTI..
Saturday, August 6, 2011
kelantan..will i be able to come back again...
MAKA APABILA KAMU TELAH SELESAI(DARIPADA SESUATU URUSAN),KERJAKANLAH DENGAN SUNGGUH2 (URUSAN) YG LAIN..
MOOD:SMUTNA(IT'S POLISH,KALAU NAK TAU KNA LA GOOGLE YER)
6th ramadan
ok..there are something wrong somewhere..i want to write but my hands are sooo slow..i don't know where to start..how to begin..
ok a kena tulis jugak ni..ak sebenarnya ada satu tabiat,kadang2 bila aku sedih or perasaan aku dah mcm rojak buah kat pasar ramadan tu kan,aku jd x berapa boleh nak menulis..aku lagi prefer bercakap..atau aku akan menulis tapi pendek(yang selalunya aku sorang jugak la yg faham) atau aku akan guna bahasa yg orang lain x faham..dont know why but that's me..
arini aku nak bercerita tempat aku belajar berdiri,jatuh,kuak lentang,tertonggeng,tersembam...tempat patah tumbuh gigi aku,tempat aku dari x kenal apa itu ''A'' sampailah aku kenal apa itu erti hidup..hidup dengan penuh makna bukan hidup selalu terkena..^^v
my pleasure to announce that the most meaningful place in hafisza's life Iiiiiiiiisssssss!!!!!!!!!!
KELANTAN.......
agak keterlaluan di situ..hehe..aku bukan lahir dekat kelantan..tp dari la umur aku ada 2 puntung gigi sampai la dah 20 ni aku duduk kat sini..semua kenangan masa kecik aku ada kat sini..masa remaja aku..kenangan masa sekolah aku..ada kat sini..tapi orang kata setiap pertemuan tu ada perpisahan nyer kan..nothing can stop it..no matter how much u wanna run from it,it will chase u..and finally u realize time is running out..
kadang2 aku rasa aku nak jer terus duduk kat sini..tp ni bukan tempat aku..sometimes i feel like i belong here..but it is just my fantasy..in reality i'm still hafisza who need to move..insyaAllah aku akan pindah hujung tahun ni..balik kampung aku..aku akan tinggalkan semua kenangan masa kecik aku kat sini..the things that soooo damn hard to be done..the things that i dont wanna do at all..and kelantan,will i be able to come back again?
cukuplah untuk kali ni..
barangkali barang yang kamu tidak suka itu baik utk kamu..Allah mengetahui sedangkan kamu tidak...
Friday, June 10, 2011
Thursday, June 2, 2011
dugaan datang dan pergi..first year medical student..
Sunday, April 10, 2011
Ayah..damailah kamu di sana..
Saturday, March 26, 2011
pemandangan di Poland yang sedikit berbeza dari Malaysia
setelah hampir sebulan aku tak menulis,hari ni aku berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu kat blog ni..jiwang sikit ayat pembukaan kali ni..I was a bit busy this month..sibuk dengan macam-macam hal..but i do think about my blog..apa yang aku nak tulis..yang akhirnya membawa kepada entri kali ni..suka aku nak mula dengan peribahasa ni,di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..I miss my country so much..tapi aku juga sangat seronok duduk kat sini..kenapa????sebab ada benda kat sini yang berbeza sedikit dari Malaysia..
1:musim(mesti la kan)
kalau sebut pasal musim,mesti semua orang tau yang negara2 eropah ni 4 musim kan..tapi bagi aku warsaw ni kadang-kadang dia punya cuaca boleh buat ibarat macam perempuan merajuk,susah nak jangka..kadang-kadang happy,kadang-kadang emosional..nampak hari ini macam dah masuk musim spring tapi tak bermakna esok tak salji..macam pagi ni..tiba-tiba jer salji turun..padahal hari ni dah 26.3..kalau ikut dah patut tukar musim dah..hehe..
bagi aku pengangkutan kat sini sangat efisien..kalau aku nak pergi kelas tu,insyaAllah dalam 15 min dah sampai..so bagi orang2 yang mempunyai masalah untuk bangun awal ke..kat sini tak menjadi masalah la..hehe..dan bagi orang yang suka ponteng kelas,kat sini tak boleh la nak bagi alasan,saya tertinggal bas la cikgu..hehe..time interval antara pengangkutan dia,kalau trem dan metro lebih kurang 3 minit jer..sangat cepat kan..kalau bas,dia ada jadual dia sendiri..so kita boleh tengok dia sampai pukul berapa dan selalunya dia sangat menepati masa..mantap kan..
ni trem
ni bas(tak macam kat Malaysia,bas kat sini macam dua bas yang digabung..panjang kan)cuba tengok apa yang menarik kat gambar di atas..haha,macam soalan dalam surat khabar pulak..ok2,ada sorang yang tengah baca something..tu adalah pemandangan yang biasa kat sini..mana2 pun akan nampak orang membaca..selalu sangat nampak..bagi aku lelaki2 kat sini nampak sangat laaaa machoooo bila diaorang baca buku..perempuan2 kat sini pun sama..dah la memang stok2 hidung terpacak kan,then baca buku pulak..perghh sangat laa nampak bergaya dan boleh buat orang-orang macam aku ni terpesona..hehe..sebab bagi aku macho seseorang lelaki tu bukan nampak pada muscle2 atau kegagahan fizikal tapi pada cara2 yang macam ni la..the way they treat women..maybe bagi lelaki Malaysia,tolong bukakkan pintu untuk perempuan tu satu benda yang tak patut dibuat pun,"diaorang pun ada tangan apa,bukak a sendiri"..tapi sebenarnya benda-benda kecik macam ni bole buat perempuan senyum sepanjang hari..haha..sebab rasa dihargai..
haaaaah..mesti korang pelik kenapa dengan pintu,apa yang beza..kat sini dia punya security pun aku bole tabik jugak la..kalau nak masuk sesebuah bangunan,kita kena ada kod tau..so macam sangatla susah bagi pencuri untuk mencuri or nak buat aktiviti pecah rumah..satu lagi kalu kat Malaysia,kita pusing kunci 360 darjah,pintu dah boleh bukak dah kan..tapi kat sini,kita kena pusing 2 kali,meaning 720 darjah baru pintu tu akan terbukak..mantap kan..hehe
bilik mandi dia tak macam kat Malaysia,kena mandi dalam tab..hehe..tak bole basahkan lantai toilet sebab dia takde lubang saliran kat lantai toilet macam kat malaysia..so kalau kita mandi bukan kat dalam tab tu air akan bertakung jer kat lantai bilik mandi tu..dan dia ada dua paip,satu paip air panas,satu lagi air sejuk..
QS 3:137 SUNGGUH TELAH BERLALU SEBELUM KAMU SUNAH-SUNAH (ALLAH),KERANA ITU BERJALANLAH KAMU KE (SEGENAPPENJURU)BUMI DAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA KESUDAHAN ORANG YANG MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL)



















