Assalamualaikum...
Jam dinding di dalam dorm C2-1 itu menunjukkan pukul 3.30 pagi
dan ahli dorm tersebut terpaksa dikejutkan.Mungkin pagi ini akan menjadi pagi
yang paling buruk dalam hidup Julia..namun takdir mengatasi segalanya..manusia
merancang,Allah juga merancang namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik
perancangan..julia dikejutkan dari tidurnya..
‘’ju,bangun!!cikgu Faridah cakap ada benda penting nak bagitau
kau..’’tutur fatma lembut..
‘’weh!!awal lagi kut..apa benda yang cikgu nak cakap dengan
aku pagi-pagi buta ni?’’
‘’kata cikgu,mak kau ada kat bawah,emergency katanya..kau kena
balik harini.’’
Julia dengan malasnya menarik selimut dan cuba memahami setiap
bait kata-kata fatma..sejenak terlintas di kepala,penting benarkah sehingga
ibunya perlu menjemputnya seawal ini..bingkas Julia bangun..dilihat fatma
sedang mengemas barang peribadinya..semua barangan peribadi Julia,fatma
masukkan ke dalam beg Garfield..hairan,hanya itu yang dapat terlukis di mata
Julia..tanpa berlengah Julia bersiap,cukup dengan memberus gigi dan mencuci
muka,Julia turun menemui ibunya bersama beg Garfield..
‘’kita kena balik sekarang angah..’’
Makin timbul rasa kehairanan di hati Julia..ingin sekali dia
bertanyakan ibunya,namun dilihat riak mendung di wajah ibunya,rasa ingin tahu
yang kian mendera jiwa dibiarkan saja..Julia masih merenung ibunya..terlihat
wajah ibu yang selalu ceria ini bagai menyembunyikan seribu satu rasa..mata ibunya hening melihat
jalan,memandu proton wira merah dengan penuh cermat..mata Julia masih tidak
lepas pada setiap gerak laku ibunya..berita sedihkah yang bakal dia
terima..mengapa abang,adik dan ayah tidak datang bersama?mengapa hanya ibu yang
ada?mengapa ianya mesti seawal ini?getar hatinya tidak dapat dilindungi..sejuk
tapak tangannya mengiringi..hatinya dipujuk sendiri..mungkin datuk di kampung
memerlukan dia sekeluarga pulang menziarahi..mungkin asthmanya datang menyerang
kembali..persoalan demi persoalan berlegar di minda Julia..
Namun getar hatinya bertambah laju apabila proton wira merah
ini masuk ke perkarangan ruang kecemasan hospital raja perempuan zainab II,kota
bharu..ketika kakinya melangkah ke ruang kecemasan..dilihatnya ramai orang di
situ..
‘’Angah,Allah dah panggil ayah balik..ayah dah
meninggal’’panahan kata ibu menusuk ke dalam hati Julia..
Terasa detik terhenti,terasa bagaikan mimpi,terasa dunia ini
mati..kelu lidahnya dengan sesuatu yang tidak dijangka..kelam hatinya melihat
dunia..
‘’mana ayah, mak?angah nak tengok ayah..angah nak tengok
ayah,mak..’’rendah suara Julia berkata..
Deraian mutiara masih bertahan..selagi ayah belum
ditatap,berita ini tidak akan pernah dipercayai Julia..
’’takkan secepat ini ayah mahu tinggalkan Julia..tak akan
mungkin secepat ini ayah pergi membawa kenangan kami bersama..tak akan mungkin
ayah akan memungkiri janjinya..ayah kata ayah nak datang lawat Julia hujung
minggu ni..ayah tak mungkin pergi secepat ini..julia masih muda,abang masih
muda..adik juga masih belum puas menagih kasih dan perhatian dari insan bernama
ayah..julia masih mahu masak bersama-sama ayah..jangan tinggalkan Julia
ayah..julia tak sanggup hidup tanpa ayah..’’hanya hati kecil Julia berbicara
memujuk rasa..
Namun ternyata benar janjiNya..
Di mana
pun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,kendatipun kamu berada dalam
banteng yang tinggi dan kukuh..
An-nisa:78
Walau hatinya tidak mahu menerima,mata Julia tidak akan pernah
dapat menipunya..walau cuba dinafikan sekuat jiwa,sesak nafasnya mengiakan..sekujur
tubuh kaku dihadapannya itu ayahnya..sekujur tubuh di bawah lapisan kain putih
itu ayahnya..sekujur tubuh dingin tanpa nadi dan nafas itu ayahnya..sungguh
serangan jantung kali ini meragut nyawanya..
Deraian mutiara akhirnya terlerai jua..julia memeluk
abangnya..sesak di dada tidak mampu ditahan lagi..empangan air matanya pecah
jua pada jiwa yang hampir serupa..hanya pada abang yang pada Julia juga punya
rasa yang sama mampu Julia lampiaskan air mata..sungguh hidupnya akan
berubah..sungguh orang yang dipeluknya kini punya tanggungjawab
besar..tanggungjawab jatuh pada abang tanpa kenal erti bersedia..haiqal
merenung adiknya..hanya gosokan perlahan yang dapat diberikannya..haiqal tahu
adiknya juga sepertinya..punya emosi yang sama..rasa kehilangan dalam sekelip
mata..dia juga punya rasa yang sama..namun dia harus kuat untuk adik-adik dan
ibunya..tambahan hanya dia seorang waris lelaki dalam keluarga..
* * *
‘’julia,makan jom..aku tengok kau
makan sikit jer dua tiga hari ni..’’pujuk fatma lembut..
‘’kau pergi dulu la fatma,aku
takde selera..’’
Fatma duduk bersebelahan Julia
yang sedang membuang pandangan ke arah halaman asrama..cuba menyelami rasa
temannya yang masih dalam kesedihan..masih dalam rasa kehilangan..kerana fatma
cukup tahu dan faham rasa itu..dia juga pernah ada rasa yang sama sewaktu
ayahnya meninggal dulu akibat kemalangan jalan raya..
‘’fatma,kenapa Allah ambik ayah
aku?dulu masa ayah kau meninggal apa yang kau buat, fatma?kenapa dulu aku
tengok kau macam kuat jer?tabah..sabar..aku tak pernah tengok kau nangis sangat
pun masa ayah kau meninggal..’’bertubi-tubi soalan yang menyesakkan rasa Julia
keluarkan..
‘’julia,kau tau macam mana aku
bole kuat..sebab aku start baca love letter lepas ayah aku meninggal..’’kata
fatma sambil tersenyum..
‘’love letter’’ ternyata Julia
pelik dengan jawapan fatma..
‘’emm..dalam tu ada
tulis..janganlah bersedih, kerana Allah bersama kita..dalam tu jugak ada cakap
Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung..dan
ada juga cakap dengan mengingati Allah hati kita akn tenang..julia, kalau kau
nak ubat hati kau yang sedih tu,kau kena kembalikan hati kau pada pemiliknya
untuk diubati...’’
‘’macam mana aku nak kembalikan
hati aku pada pemiliknya dia..’’
‘’kalau kau nak bercakap dengan
Allah,kau sembahyang dan doa banyak-banyak..kalau kau nak Allah cakap ngan kau,kau
bacalah love letter,baca Quran..dalam tu ada banyak ayat-ayat yang boleh bagi
kau kekuatan..’’
Julia mengalih pandangan pada beg
sandang fatma sambil cuba mencerna tiap patah-patah nasihat yang baru saja
fatma berikan..dilihatnya fatma mencari sesuatu di dalam begnya..apabila
dijumpai lantas dihulurkan pada Julia..
‘’nah,love letter untuk kau..siap
dengan terjemahan..aku dah tandakan sekali ayat-ayat best kat kau..’’
*********
Julia menutup Quran
dihadapannya..hari-hari kesedihannya kian hilang..hatinya semakin tenang..kini
Julia sedar setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya..
Apakah
manusia mengira bahwa mereka akn dibiarkan mengatakan,’’kami telah beriman’’ dan mereka tidak diuji?
Al-ankabut:2
AKU HANYA INGIN ENGKAU DI HATIKU YA ALLAH..KERANA AKU SANGAT MENDAMBA KASIH DAN CINTAMU..
1000PM..BAITUL SOLEHAH..
HAIQALHAFISZA
ALHAMDULILLAH..
CZAS LECZY RANY..